PEMAIN ini dianggap sebagai antara pemain yang cukup-cukup bertuah. Seorang pemain muda yang cukup agresif di padang serta begitu lincah ketika menggelecek dan mengelirukan pemain lawan. Dinobat kan sebagai antara pemain bintang Malaysia masa hadapan, satu pengiktirafan yang diberikan pemain dari Kedah ini. Buat para peminat skuad Kenari umumnya, pastinya mereka cukup mengenali pemain ini. Badrol Bakhtiar atau lebih mesra dengan panggilan Bad di kalangan rakan-rakan sepasukan. Menabur bakti bersama negeri kelahirannya, malah kerap menjadi pilihan utama Azrai Khor untuk membarisi kesebelasan utama.Nama pemain ini kemudiannya semakin melonjak apabila diumumkan sebagai salah seorang pemain yang dihantar menjalani latihan bersama Chelsea yang dikenali sebagai sebuah kelab elit di Liga Perdana Inggeris. Tentunya peluang keemasan yang diperolehi itu sukar untuk ditolak oleh pemain kelahiran Sungai Petani ini.Baru-baru ini, saya sempat bertemu dengan Badrol sebelum dia menghadapi perlawanan Liga Malaysia yang diadakan di Lembah Klang baru-baru ini. Jom ikuti temubual eksklusif bersama-sama Badrol mengenai pengalamannya sepanjang berada di Chelsea...
Ceritakan serba sedikit mengenai perjalanan karier anda?
Untuk pengetahuan semua, karier saya dalam sukan bola sepak telah bermula apabila saya menyertai akademi bola sepak. Setelah agak lama berada dalam akademi, kemudian saya diserap ke dalam skuad Piala Presiden. Kemudian, saya juga pernah mewakili negeri Kedah untuk kejohanan Sukma.
Anda bermain di posisi mana?
Biasanya saya akan bermain sama ada di sayap kiri atau kanan. Bergantung kepada arahan jurulatih dan strategi pasukan.
Apa aktiviti anda sekiranya berehat atau bercuti dari bola sepak?
Pada kebiasaannya saya akan lebih suka lepak di rumah sahaja kerana masa itulah saya dapat berehat dan mengembalikan semula tenaga saya sebelum ini. Di rumah dapatlah saya meluangkan masa bersama ahli keluarga yang lain. Kalau keluar pun, saya akan lepak bersama rakan-rakan saya...
No comments:
Post a Comment