Wednesday, October 29, 2008

HELMI ELIZA SUDAH BERSEDIA BERGELAR RAJA SEHARI


SUBANG JAYA - Jurulatih negara, B. Sathianathan mengecualikan penjaga gol utama, Helmi Eliza Elias yang akan mendirikan rumah tangga daripada skuad 22 pemain ke Piala Cabaran Grand Royal di Yangon, Myanmar dari 6 hingga 15 November ini.

Tempat penjaga gol Kedah yang bakal bernikah dengan gadis pilihannya pada 14 November ini, diambil alih oleh pilihan ketiga dari PKNS, Badrulzaman Halim manakala satu lagi slot masih menanti untuk diisi oleh sayap yang berpangkalan di Perancis, Titus James Palani.

Helmi kekal tanpa dibolosi sepanjang menentang Nepal, Sierra Leone dan Myanmar serta Vietnam dalam Pestabola malah skuad negara hanya tewas 6-5 menerusi sepakan penalti penentuan perlawanan akhir setelah terikat 0-0 termasuk masa tambahan.

Tuesday, September 23, 2008

KEDAH BELUM MENGALAH


KETUA jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah akan memastikan anak-anak buahnya beraksi dengan lebih cemerlang bagi mempertahan maruah daripada menjadi pasukan belasahan kepada pasukan Kelab Al-Muharraq dari Bahrain dalam perlawanan pusingan kedua Piala AFC di Stadium Darul Aman, Alor Star malam ini.

Azraai berkata, walaupun Kedah sukar menewaskan pasukan tersebut yang menggandingkan pemain tempatan dan import yang mantap, namun pemain-pemain Kedah tidak akan mudah menyerah kalah kerana perjuangan masih belum berakhir.

Menurutnya, dia akan memastikan pemain-pemain dapat mengekang pergerakan pemain Kelab Al-Muharraq daripada berjaya meloloskan diri.

"Ketiadaan pemain import menyebabkan persembahan pasukan Kedah kurang menyerlah memandangkan barisan pemain muda Kedah kurang mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di Alor Star semalam.

Pada perlawanan suku akhir pertama di Bahrain minggu lepas, Kelab Al-Muharraq menewaskan Kedah 5-0.

Azraai berkata, dia telah berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam pasukan itu agar ia tidak berulang pada perlawanan kedua.

Malah jelasnya, pasukan Kedah tidak akan melakukan rombakan bagi menghadapi pasukan itu pada perlawanan kedua kerana dia tidak mempunyai banyak pilihan pemain.

Sementara itu, jurulatih Kelab Al-Muharraq, Salman Shareedh pula berkata, pasukannya tidak memandang mudah terhadap kemampuan skuad Kedah pada perlawanan pusingan kedua Piala AFC memandangkan Kedah mempunyai pemain-pemain muda yang berkaliber.

Katanya, pemain-pemain Kedah mungkin akan beraksi dengan lebih baik apabila bertarung di gelanggang sendiri dan pasti mereka ingin membalas dendam ke atas kekalahan mereka sebelum ini.

"Saya akan menurunkan kesebelasan utama pada perlawanan esok (malam ini) untuk memastikan Kelab Al-Muharraq dapat melangkah ke separuh akhir AFC," ujarnya.

Thursday, September 18, 2008

TOLONG AMBIL PERHATIAN


Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya..

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan...

Wednesday, September 17, 2008

BIODATA INTEAM

NAMA SEBENAR : Muhammad Hazamin bin Harun
PANGGILAN :Min, Amin

TARIKH LAHIR : 7 Nov 1980
PENDIDIKAN : Sek. Ren. Keb. Jln Bahagia, Temerloh
(1987 -- 1992)

Sek. Men. Agama Al-Wusto, Temerloh
(1993 -1994)

Sek. Men. Agama Al-Khairiah, Temerloh
(1994 -- 1996)

Sek. Men. Agama Al-Ihsan, Kuantan
(1996 -- 1997)

Universiti Islam Antarabangsa
(1998 -- 2003, Jurusan Kejuruteraan)



NAMA SEBENAR :Mohd Syahril bin Abd Khalid

PANGGILAN : Syah, Along, Cikalid

TARIKH LAHIR : 25 MAC 1980

PENDIDIKAN : Sek. Ren. Keb. King George V, Seremban (1987 -- 1992)

Sek. Men. Ren. Agama Persekutuan, Labu (1993 -- 1997)

Universiti Islam Antarabangsa (Mulai 1998)


NAMA SEBENAR :Abd. Rahim Hj. Osman

PANGGILAN : IM
TARIKH LAHIR :9 September 1980

PENDIDIKAN :Universiti Islam Antarabangsa

KEDAH DAN PERAK TERIMA KESAN AWAL KETIADAAN PEMAIN IMPORT

KUALA LUMPUR: Seperti diduga, kesan awal pengharaman pemain import oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mula kelihatan apabila dua pasukan negara, Kedah dan Perak tewas pada saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam tadi.

Juara tiga piala musim ini — Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, Kedah menerima tamparan paling hebat apabila di malukan kelab Bahrain, Muharraq F.C 5-0 pada perlawanan di Stadium Nasional.

Kedah yang turun tanpa tiga tonggak import iaitu Marlon Alex James, Nelson San Martin dan Bernard Hungging tampak meyakinkan apabila berjaya mengekang penguasaan lawan pada separuh masa pertama.

Namun gawang Kedah akhirnya bocor dengan gol pembukaan Khaled Salmeen pada minit ke-65 sebelum pemain kebangsaan Bahrain, Mahmood Abdulrahman menambah gol kedua lapan minit kemudian.

Pemain import Muharraq dari Brazil, Rico menambah gol ketiga pada minit ke-85, gol keempat pada minit ke-87 melalui Fahad Al Hardan dan Mahmood melengkapkan gol kelima pada minit ke-90.

Jurulatih Kedah Mohd Azraai Khor Abdullah yang jelas merasai kehilangan tiga tonggak importnya mengakui pemain-pemainnya kurang pengalaman di dalam kejohanan besar seperti itu.


“Walaupun kami berjaya mempertahankan kedudukan (tiada jaringan) pada separuh masa pertama, tekanan berterusan menyebabkan pemain-pemain menjadi letih mengakibatkan lima gol dihasilkan lawan,” katanya selepas perlawanan di dalam laman web AFC.

Pada perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, Marlon dan Nelson masing-masing menjaringkan empat gol daripada 13 gol yang di hasilkan oleh Kedah.

Sementara itu Perak turut menerima nasib sama apabila tumbang 0-2 kepada kelab Lebonan, Safa F.C di Stadium Perak di Ipoh setelah menggunakan seratus peratus tenaga pemain tempatan.

Jelas ketiadaan penjaring terbanyak mereka dari Chile, Carlos Caceres menyebabkan Perak tempang berdepan lawan yang menurunkan tiga pemain import Pierre Millat (Cameroon), Hamid Termina (Maghribi) dan Mba Derick Ebi dari Nigeria.

Pada perlawanan peringkat kumpulan trio import Perak iaitu Caceras, Mario Estaban dan Jorge Antonio menyumbang lapan daripada 13 gol yang dihasilkan pasukan itu.

Perlawanan timbal balik suku akhir akan berlangsung pada 23 Sept ini dengan Perak akan bertandang ke Lebonan sementara Kedah menanti kunjungan Muharraq F.C di Stadium Darul Aman. - Bernama

KELETIHAN PUNCA KEDAH TEWAS


PERBEZAAN masa dan suasana bermain pada bulan puasa menjadi antara alasan kegagalan pasukan Kedah apabila dibelasah 0-5 oleh kelab Al-Muharraq dari Bahrain pada saingan suku akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFC di Stadium Nasional, Bahrain kelmarin. Namun aksi anak didik Mohd. Azraai Khor Abdullah itu juga patut dipuji kerana kesebelasan yang tempang tanpa pemain import mampu bertahan hingga minit ke-60 sebelum tewas akibat keletihan. Menurut Azraai, perubahan masa di Bahrain yang lewat lima jam belum dapat disesuaikan pemainnya yang hanya mempunyai masa sehari untuk menyesuaikan diri sebelum perlawanan bermula. "Mereka (pemain) bermain pada pukul 2.15 pagi waktu Malaysia dan 10.15 malam waktu Bahrain dan keadaan itu sebenarnya belum dapat disesuaikan lagi oleh pemain Kedah.
"Selain itu, faktor bermain di bulan puasa juga telah membuat pemain menjadi cepat letih sekali gus memberi ruang kepada lawan untuk mengusai perlawanan pada penghujung perlawanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelasnya, dia melihat barisan pemain tempatan pasukan Hijau Kuning adalah setanding dengan pemain Al-Muharraq yang dibarisi pemain import dan kebangsaan kerana kesebelasan utamanya masih mampu mengekang asakan lawan.

Menurutnya, kesebelasan yang diturunkan telah berusaha bermati-matian untuk membawa pulang kemenangan tetapi keletihan ternyata tidak dapat disembunyikan apabila gawang Kedah dibocor lima kali bermula pada minit ke-65.

Azraai berkata, masalah perbezaan masa dan suasana yang menghantui anak buahnya itu bakal dilalui pemain lawan apabila mereka bertandang ke Stadium Darulaman, Alor Star pada 23 September ini.

Katanya lagi, walaupun ruang untuk Kedah mara ke separuh akhir semakin sukar namun dia masih menaruh harapan untuk pemainnya bangkit menebus kekalahan itu.

Tambahnya, pasukannya pernah bangkit dalam perlawanan sukar sebelum ini dan tidak mustahil juga jika Kedah dapat melangkah ke separuh Piala AFC selepas ini.

Antara pemain yang menguatkan pasukan Kedah pada perlawanan itu ialah Saramsak Kram, Khyril Muhymeen, Fadzly Baharom, Badrol Bakhtiar, Fauzi Shaari, Mohd. Sabree Abu, Victor Andrag, Fazliata Taib, V. Thirumurugan, Shafizan hashim dan penjaga gol, Helmi Eliza Elias.

Saturday, September 13, 2008

KEDAH INTAI MUHARRAQ

KUALA LUMPUR - Pemergian pasukan juara tiga piala berganda, Kedah ke Bahrain lebih awal esok bukan berbekalkan tangan kosong, tetapi bakal mengorek maklumat dan rahsia pasukan yang bakal ditentangi Isnin ini dalam perlawanan suku akhir pertama Piala AFC, lapor FERZALFIE FAUZI.

Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, persiapan rapi pasukan Kedah bukan sahaja tertumpu kepada corak latihan biasa di padang tetapi didedahkan dengan maklumat mengenai pasukan Muhharaq secara terperinci.

''Berbekalkan teknologi yang canggih pada zaman sekarang kami telah memperolehi informasi kelab tersebut melalui laman web dan dari situ kami sudah mengetahui bagaimana prestasi, kekuatan, pemain merbahaya dan segalanya,'' kata Azraai ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, melalui informasi seperti itu pemain sudah mempunyai sedikit gambaran mengenai lawan yang mereka hadapi nanti walaupun kedua-dua pasukan bertemu buat pertama kali.

''Kami sudah mendapat gambaran mengenai pemain dan kedudukan mereka di liga tempatan, kekuatan mereka bergantung kepada pemain import dari Brazil, Rico.

''Saya juga mengharapkan semua pemain sudah bersedia untuk menghadapi pasukan lawan di Bahrain nanti sebelum perlawanan kedua di Alor Setar, 23 September ini,'' kata Azraai.

Ujarnya semua pemain berada dalam keadaan bersemangat walaupun gagal untuk menentang Perak dalam perlawanan persahabatan Rabu lalu selepas pasukan Seladang itu menghadapi sedikit masalah untuk datang ke Alor Setar.

''Pemain berjaya menunjukkan kebolehan dan prestasi mereka pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah, yang menggantikan pasukan Perak dalam perlawanan persahabatan Rabu lalu.

"Hari ini dan esok semua pemain Kedah akan menjalani latihan terakhir bermula pukul 10.00 hingga 11.30 malam,'' katanya.

Ditanya mengenai kekosongan posisi yang ditinggalkan pemain import, Azraai berkata: "Tempat Marlon berkemungkinan akan diisi oleh Samransak Kram atau Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, manakala posisi Nelson Sam Martin pula akan dipikul oleh Mohd. Sabree Abu atau Ahmad Fauzi Shaari. Sementara itu pemain pertahanan berusia 22 tahun dari Changlun, Mohd. Fazliata Taib akan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Cornelius Bernard Huggins,'' katanya.

Thursday, September 11, 2008

DIA D MATAKU

Hari ini aku akan bergelar seorang graduan dan akan menerima segulung ijazah yang amat aku nanti2kan selama ini.Setelah menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran hampir 6 tahun,aku merasakan segala usaha dan harapan aku terlaksana.Dalam pada aku bergembira untuk menghadiri majlis ini, aku terasa amat sedih kerana insan yang telah berkorban untuk aku tiada bersama2ku untuk meraikan kegembiraan aku hari ini.

Setahun yang lalu Khairil yang sering menjadi pembimbing dan sanggup membantu aku di dalam pelajaran telah kembali kepangkuan Yang Maha Esa.Dia banyak membantu aku di kala aku terpaksa meraba2 untuk pergi ke mana sahaja.Aku sememangnya tidak dapat melihat setelah mata aku rosak akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah tamat tingkatan 5.Khairil dan aku berkawan sejak kecil,dialah yang banyak memberi aku semangat agar aku dapat menghadapi kehidupan aku dengan tabah.

Aku juga bercita2 tinggi dan bila aku mendapat tahu aku lulus dengan cemerlang,aku benar2 berharap dapat memasuki pusat pengajian tinggi.Tetapi memandangkan aku tidak dapat melihat,hasrat itu pasti terkubur.Khairil jugalah yang membakar semangat untuk aku agar tidak menyerah kalah.

"jangan risau Ju,Khai tahu Ju pasti akan dapat memasuki pusat pengajian nanti.Yang penting sekarang ini Ju harus berusaha untuk belajar lebih tekun.Ju pasti dapat mencapai cita2 Ju."tegas Khairil.

"tapi Khai..macam mana Ju nak menulis dan membaca kiranya Ju tak dapat melihat."balasku gusar.

"apalah Ju nie..kan sekarang niekan ada braille,Ju boleh belajar dan sekarang nie teknologi segala2nya canggih..dah..usah fikir banyak sangat,Khai yakin Ju akan berjaya nanti."Khairil terus memberi galakan.

Semenjak itu aku berusaha mempelajari braille dan akhirnya aku diterima masuk ke salah satu pusat pengajian.Bertapa teramat gembiranya aku.Setiap hari Khairi lah yang sering menghantar dan mengambil aku.Aku tidak tinggal di asrama kerana rumah aku tidak jauh dari tempat aku belajar.

"terima kasih Khai..kau banyak membantu Ju.Tak tau Ju macam mana Ju nak membalasnya nanti."ujarku.

"alah Ju..kalau Ju percayakan Khai..selagi itulah Khai akan bantu ju.Kan kita dah kawan baik sejak kecil lagi."

"tapi Khai..kau tak teringin nak ke U ke??keputusan Khai pun baikkan."tanyaku.
"Khai!!..tak perlulah Ju..ayah Khai minta Khai berkerja dengan dia.Lepas tu Khai boleh ambil alih syarikat ayah."jawab Khairil.

"kau takpelah Khai...hidup senang."
"yang kaya dan senang tu keluarga Khai..Khai mesti mula dari awal tau..ayah cakap jangan ingat boleh jadi bos."seloroh Khai mengajuk.Aku tersenyum.

Khairil anak kedua dan keluarganya mempunyai syarikat sendiri.Kakak Khairil telah berkahwin dan menetap di luar negara.Walaupun Khairil dari golongan berada dia tidak sombong dan masih sudi berkawan dengan aku.Malah keluarganya pun rapat dengan aku sekeluarga.Aku amat mengagumi sifat Khairil yang suka membantu.Keluarganya juga banyak menghulurkan bantuan kepada jiran2 yang memerlukan.

"Ju..Khai ada suprise untuk Ju..jom Khai tunjukkan."ujar Khairil lalu memimpin tanganku masuk ke dalam rumahnya.
"apa dia Khai..janganlah buat Ju takut."jawabku risau.

"aha nie dia..Ju peganglah Ju..pasti Ju suka."Khairil menyuruhku menyentuh sesuatu.

Aku teraba2 untuk mengetahui benda yang Khairil maksudkan.

"apaaaa..komputer braille ke nie.."aku terjerit bila mengetahui komputer yang aku amat memerlukan telah dapat aku miliki akhirnya.

"iye..ini untuk Ju..hadiah dari kami."jelas Khairil.

"tapi Khai..tentu mahal nie..tak dapat Ju nak menerimanya.Rasa2nya tak mampu Ju nak bayar balik nanti."balasku dengan nada kecewa.

"alah Ju nie..papa dan mama Khai yang belikan untuk Ju..buat pe nak bayar balik.Nie ikhlas dari mereka kerana Ju berjaya ke menara gading.Lagipun mereka dah anggap Ju macam anak sendiri pun.Sedangkan untuk Khai mereka tak belikan apa2 pun."terang Khairil bergurau.
Aku tergelak kecil.

Tiba2 muncul papa dan mama Khairil.

"iye Ju..terimalah je... Ju pun sebahagian dari famili ini.Jangan malu2.Bukan kita baru kenal."ujar mama Khairil.

"iye Ju betul..ini ikhlas dari kami."sampuk papa Khairil pula.

Aku terkedu dan terharu sekali dengan budi baik keluarga Khairil.

"terima kasih auntie..terima kasih uncle..budi kalian tak dapat Ju nak membalasnya."ucapku terharu.

Setelah ada komputer braille nie,aku dapat melakukan kerja assignment aku dengan mudah di rumah.Memandangkan jurusan kedoktoran yang aku ambil ni memerlukan banyak homework,jadi ia memudahkan aku dan aku tidak perlu selalu pergi ke pusat orang2 cacat.

"Ju belum tidur lagi nak.."tanya ibuku dari luar.

"belum bu..Ju ada kerja sikit nie.."

"jangan sampai lewat malam tau.Esok ada kelaskan.Nanti Khai kene tunggu Ju pula."nasihat ibu.

Seperti biasa Khairil akan menjemputku untuk ke kelas kuliah.Hari ini aku merasakan tangan Khairil yang memimpin aku terasa agak panas dari kebiasaan.
"Khai..kau demam ke.."tanyaku.

"alah demam sikit aje,dah makan panadol..nanti baiklah.."jawab Khairil biasa sahaja.

"kalau kau tak sihat tak payahlah hantar aku,Khai..nanti adik Ju boleh temankan Ju.Tak pergi jumpa doktor ke Khai.."

"buat apa nak jumpa doktor jauh2..doktor kat sinikan ada."gurau Khairil.

"loyar buruk yer..nak tunggu doktor nie lambatlah lagi..itupun kalau Ju lulus... barulah dapat gelaran doktor."ujarku tersenyum medengar usikan Khairil.

"jangan risau Ju..Khai tahu Ju pasti akan dapat menjadi seorang doktor nanti.Khai akan terus menyokong Ju..yang penting Ju berusaha tau."Khairil berceramah pendek memberikan kata-kata semangat kepada aku.

"baik prof.."usikku pula.

Kami kertawa bersama2.

Aku baru nak melangkah keluar tiba2 telefon berdering,lalu adikku mengangkatnya.

"hello.."
"kak..ada orang nak cakap."
"siapa.."tanyaku melangkah perlahan2 menuju ke arah telefon.
"tak tau..lelaki..boyfriend akak kot!!"usik adikku.
"hisshh kau nie Ani..akak takde boyfriend laa.."

Aku mengambil gagang dari tangan adikku.
"hello..siapa sana."
"hai Ju..nie Khai..maaf Ju,Khai tak dapat hantar Ju hari ni,tak dapat bangunlah badan sakit sangat."terang Khairil dengan suara yang berketar2.Jelas sekali kedengarannya.
"itulah Khai..kan Ju dah cakap kalau tak sihat jangan hantar Ju.Dah seminggu Khai demam,kenapa tak baik2 lagi.Khai tak jumpa doktor ke."tanyaku befikir.
"alah..Ju nie mentang2 dia bakal doktor asyik nak jumpa doktor aje..demam biasa aje Ju,nanti kebahlah bila Khai makan ubat."sempat lagi Khairil mengusik.
"sakit2 pun nak mengusik lagi tu.Dah pergi rehat,tak payah risau pasal Ju,nanti adik Ju hantarkan..bukan jauh sangat pun.Okey bye Khai.."aku meletakkan gagang.

Kerisauan mengugat sedikit naluri perasaanku bila sudah hampir 2 minggu Khairil tidak kebah dari demamnya.Khairil juga berdegil untuk berjumpa doktor.Aku melawatnya di rumah ditemani ibu.
"macam mana Khai..auntie,dia belum baik lagi ke?"tanyaku sebaik melangkah masuk ke rumah Khairil.
"belum Ju..risau auntie,sebelum nie kalau demam pun 2 atau 3 hari dah baik."
"kenapa tak dibawa ke doktor aje Datin."tanya ibuku pula.
"dia tak mahu pergi..dah puas saya dan Datuk pujuk dia.Ju pergilah tengok dia di atas."jelas mama Khairil.
"jom bu..kita tengok Khai.."ajakku.

Sesampai ke bilik Khairil,aku dipimpin ibu merapati ke katil Khairil.Tiba2 aku terdengar ibu mengucap panjang.
"allahhuakbar.."
"mengapa ibu.."tanyaku hairan.
"tak..takde apa2 Ju.."ibuku tidak menjawab pertanyaanku.Tetapi aku dapat merasakan ibuku melihat sesuatu.
Khairil terlebih dahulu memberi isyarat agar ibuku tidak bercakap perkara yang sebenarnya.
"Ju..buat apa susah2 datang nie..kan ju ada exam minggu depan."Khairil bersuara dengan begitu lemah sekali.
"takkanlah kawan dah sakit,Ju tak boleh datang melawat.Apa Ju mengganggu Khai ke.."rajukku.
"takdelah gitu.."
"Khai..pergilah jumpa doktor,suara Khai pun dah lain benar ju dengar.Ju pun rasa tak sedap hati nie.Mesti sakit Khai terukkan.Kalau Khai tak sihat siapa lagi nak hantar Ju pergi kelas nanti.Takde Khai tak bestlah..."pujukku.
"jangan risau Ju..Khai ok!!esok lusa baiklah Khai."bohong Khairil.
"esok..lusa..esok..lusa..dah banyak kali Khai cakap gitu."aku rasa tidak selesa setiap kali Khairil berkata begitu.
"ok..ok..nanti Khai jumpa doktor yer tuan doktor..eh..eh..silap puan!!"Khairil mengusik.Aku tahu Khairil hanya ingin mengurangkan kerisauan aku.Ju balik dulu yer..jangan lupa jumpa doktor tau."suruhku lagi.

Aku dan ibu melangkah keluar tetapi jauh disudut hatiku,dapat aku merasakan sesuatu yang tidak baik tentang Khairil.Aku bukan baru kenal Khairil,dialah teman sepermainan dan teman bergaduh aku.Aku sudah dapat membaca setiap tutur katanya yang begitu ingin mengurangkan kegelisahan aku pasti ada tersembunyi sesuatu yang aku tidak nampak.Hati aku dapat merasainya.

Aku terlalu sibuk dengan peperiksaan jadi aku tidak dapat memikirkan tentang Khairil untuk sementara waktu.Dalam aku sibuk mentelaah pelajaranku,telefon berdering dan ibu mengangkatnya.

"hello.."

Mula2 aku dengar ibu berbual agak jelas tetapi lama kelamaan suara ibu semakin kelam seperti berbisik.Aku ingin bertanya tetapi oleh kerana banyak kerja yang perlu aku siapkan membuatkan aku tidak ambil kisah.Ibu pun tidak berkata apa2 mungkin panggilan itu dari kawan2 ibu.Jadi aku pun buat tidak kisah.

"arhhhh lega..dah habis exam.."keluhku gembira.

Semenjak aku sibuk dengan ulangkaji dan peperiksaan aku hampir terlupa tentang Khairil.Untuk menelefonnya pun aku tidak berpeluang.Pernah aku suruh ibu bertanyakan kepada mama Khairil,ibu cakap Khairil dah hampir sihat.Jadi aku tidak risau sangat tentang kesihatan Khairil.

Walaupun begitu hati aku tetap tidak rasa selesa kerana aku dapat merasai sesuatu tentang Khairil.Aku tertekad untuk berjumpa Khairil dan aku mengajak adikku menemani aku sahaja.Ibu pula tiada di rumah.

Sebaik aku menekan loceng rumah Khairil.

"eh..Ju.."kedengaran suara mak Som,pembantu rumah Khairil.
"yer mak Som..saya nak jumpa Khai,dia ada tak..dah sihat ker dia.."tanyaku.
"dia..dia..hishh macam mana aku nak cakap nie."mak Som kedengaran seperti tidak keruan.
"mengapa mak Som..Khai keluar ke..takpelah mak Som nanti saya telefon dia sebelum saya datang yer."ujarku dan berlalu pulang.

Ternyata apa yang aku rasai adalah benar,Khairil sudah seminggu terlantar di hospital.Itupun aku ketahui dari pekerja2 syarikat kerana aku ingat Khairil sudah mula bekerja di syarikat papanya.
"ibu..kenapa tak bagi tahu Ju yang Khai masuk hospital."aku bertanyakan ibu.
"Ju..Khai sendiri yang cakap jangan beritahu Ju,dia tak mahu pelajaran Ju terganggu.Ibu tak sampai hati tetapi kerana Khai yang minta ibu simpan rahsia ini sehinggalah Ju habis exam,ibu terpaksa menyimpannya."terang ibuku.
"esok..kita tengok Khai yer bu.."pintaku

Aku merasai kehilangan di saat2 begini.Sudah lama aku tidak mendengar usikan Khairil.Dialah yang banyak memberi kata2 semangat kepadaku.Aku begitu hairan kenapa tiba2 Khairil jatuh sakit.Adakah selama ini dia rahsiakan sesuatu dariku.Selalunya dia tidak pernah merahsiakan apa2.

Aku begitu terasa kehilangan Khairil dan amat merindui gurau senda serta gelak tawanya yang sering membuat aku tidak kering gusi.Tetapi malam ini buat pertama kalinya selepas aku menjadi buta,aku mengalirkan airmata.Bertapa pedih sekali,sepedih hati aku kerana setiap orang menyembunyikan perkara sebenar dariku.

Sebaik aku dibawa bertemu Khairil dan setelah merapati katil Khairil,aku cuba memegang pergelangan tangan Khairil.Ternyata Khairil sakit tenat kerana aku dapat merasakan Khairil semakin kurus.Ini juga aku ketahui dari pengalaman aku melalui ilmu yang sedang aku pelajari.

"Khai..kenapa sembunyikan dari Ju.Kenapa Khai tak mahu berkongsi kesakitan Khai dengan Ju.."tanyaku sedih kerana Khairil hanya bersendirian menanggung penderitaannya.
Kedengaran tangisan dari mama dan papa Khairil.
"auntie..uncle..kenapa dengan Khai,dia sakit apa sebenarnya."soalku inginkan kepastian.
"sebenarnya Ju..auntie pun tak tahu Khai sakit,dia tak pernah beritahu auntie yang sebenarnya dia mengidap penyakit barah paru2.Sudah setahun dia menderita di dalam diam.Dia rahsiakan dari kami.Kini barahnya telah menular dan doktor cakap tidak dapat diselamatkan lagi."cerita mama Khairil dengan linangan airmata.

Aku menjadi sebak dan setitis demi setitis airmataku mulai mengalir membasahi pipi.Yang sebenarnya aku pun tidak boleh menangis kerana kerosakan mata aku akan mencederakan lagi sel2 mata aku yg lain.Aku terpaksa menahan airmata dari terus mengalir keluar.Aku mengingati kembali gurauan Khairil 2 bulan yang lalu.
"Ju..nanti Khai nak dermakan mata Khai kat Ju..Ju mesti kene terima."ujar Khairil.
"hisshhh..Khai nie nanti Khai nak pakai mata apa pula kalau Ju guna mata Khai..hahahaha.."aku tidak dapat menahan diriku dari kertawa.
"Khai pakai mata palsulah pulak."Khairil pula bergurau.Berdekah2 kami kertawa.

"Ju..Ju.."panggil Khairil begitu lemah sekali.
Aku tersentap dari lamunan dan mendekati Khairil.
"Khai..jangan putus asa.Ju tahu Khai kuat,Khaiselalu nasihatkan Ju supaya tabah..Ju tak lupakan itu.Demi persahabatan kita,Khai mesti kuat hadapinya okeh.."aku cuba memberikan kata semangat.
"a..ku..a..ku..minta ma..af Ju..Khai tak mau Ju se..dih..Janji Ju..Ju mesti terima mata Khai bila Khai dah tiada nanti.Khai nak Ju du..duki exam akhir Ju den..gan mata Khai..ini saja permin..ta..an a..Khai..yang ter..akhir Ju."ucap Khairil dengan nada yang tersekat2.Aku tidak dapat menahan sebak di dada.
"Khai..kan Ju ada setahun lagi..lepas nie bolehlah aku rawat Khai ok..Khai.Janganlah putus harapan.Kami semua sayangkan Khai.."hati aku benar-benar sebak.
"ti..dak.. Ju.. a..ku tia..da hara..pan la..gi."

Kesemua yang berada di situ tidak dapat menahan sebak di dada lagi.Airmata sahaja yang menjadi teman dikala ini.Hanya aku yang tidak dapat menangis,tetapi hati kau benar2 menangis.

Keadaan Khairil semakin tenat,itu yang diberitahu oleh doktor.Aku sedang bercuti jadi dapatlah aku membantu mama dan papanya untuk menjaga Khairil.Apa yang menakutkan aku apabila seringkali terjadi komplikasi kepada Khairil.Kalaulah aku dapat melihat,aku ingin merasai penderitaannya.Namun begitu mata hatiku dapat merasakan yang keadaan Khairil dalam keadaan yang benar2 serius.Hati kecilku sering menangis dan aku tidak henti2 memanjatkan doa untuk Khairil.

"Ju..Ju.."panggil Khairil.
Aku yang terlelap di kerusi bingkas bangun bila mendengar panggilan Khairil.
"iye Khai..Ju masih disini.."
"Ju..aaa..Khai minta ma..af ban..yak2 dengan Ju,kalau Khai ada mela..kukan kesalahan yer.Ju jan..ji yer Ju..jan..gan hampakan per..min..taan Khai.Ju..Khai ngantuk..lah..bo..leh khai ti..dur tak."
Aku tidak dapat menahan sebak di dada setiapkali mendengar suara Khairil yang tersekat2 itu.Sehinggakan aku tidak tahu apa yang harus aku katakan lagi padanya.
"tidurlah Khai..tidur yer!!Ju tunggu Khai.."ucapku dengan nada yang berbisik.Dalam sekelip mata aku juga terlelap tanpa mengetahui apa yang berlaku.Tiba2 aku dikejutkan ibu.
"Ju..Ju..bangun nak."
Aku yang masih dalam keadaan terpinga2 mendengar suara tangisan.
"Ibu..auntie..ada apa .."tanyaku tidak senang.
"Ju..Ju.. dengar nak..Khai dah meninggal sayang.."jelas mama Khairil.Aku menjadi panik seketika.
"tapi..tadi dia ok aje..betul ke ibu.."tanyaku kepada ibu untuk kepastian.
"betul sayang..mari Ju.."ibu menarik tanganku untuk merasai bahawa tubuh Khairil sudah tidak bernyawa lagi.Aku meletakkan jariku dihidung Khairil,memang aku tidak merasai hembusan nafas Khairil.Kemudian aku memicit pergelangan tangannya untuk kepastian,ternyata benar Khairil sudah pergi meninggalkan kami.Hatiku benar2 sedih aku tak tertahan lagi,airmata aku terus berjurai2 jatuh dari kelopak mataku.Aku terasa sakit sekali.Menyedari aku menangis,ibu terus menenangkan aku kerana ibu khuatir keadaan aku pula yang akan menjadi buruk.

Pada masa yang sama kedengaran doktor sedang berbual sesuatu dengan mama dan papa Khairil.Aku dapat meneka pasti tentang mata Khairil yang nak didermakan kepada aku.Aku benar2 keberatan untuk menerimanya.
"Ju..inikan permintaan Khai..dia nak Ju kembali melihat dan berjaya kelak.Sekarang Khai dah meninggal,kalaulah Ju sudi sekurang2nya auntie juga dapat melihat Khai dari mata Ju nanti.Itu juga yang auntie inginkan.Tolonglah Ju.."pinta mama Khairil berharap.

Aku tidak pernah berjanji dengan Khairil walaupun itu adalah permintaan Khairil.Kini demi mama dan papa Khairil aku akur juga.Hanya dengan cara ini kenangan bersama Khairil tidak akan terpadam dari ingatan kami semua.Nasib baik sekarang cuti semestar,jadi pembedahan dapat dilakukan.Sebaik saja sepasang mata Khairil telah diambil oleh para doktor,jenazah Khairil dikebumikan dengan segera.
"Khai..kau tetap bersama kami.."bisik hati kecilku.


Kenangan bersama Khairil terhenti sebaik nama aku dipanggil.Aku tersentak dan dengan langkah yang penuh dengan keyakinan aku menaiki pentas.Selesai majlis aku dan keluarga Khairil bergambar untuk kenangan atas kejayaan aku.
"Ju..auntie dapat melihat yang Khairil berada di matamu sayang.Terima kasih Ju kerana sudi menjaga auntie."ucap mama Khairil terharu.
"auntie..sekarang tanggungjawab Ju untuk menjaga auntie dan uncle kerana itulah harapan Khai."

Ijazah ku genggam erat dengan penuh harapan untuk memikul tugas yang amat berat kelak.
"terima kasih Khai kerana pemberianmu ini.Aku akan memeliharanya dengan baik."ucapku sendirian dan tanpa aku sedari airmata mengalir setitis dari kelopak mata ini.

Monday, September 8, 2008

PENGALAMAN SEPANJANG D CHELSEA

PEMAIN ini dianggap sebagai antara pemain yang cukup-cukup bertuah. Seorang pemain muda yang cukup agresif di padang serta begitu lincah ketika menggelecek dan mengelirukan pemain lawan. Dinobat kan sebagai antara pemain bintang Malaysia masa hadapan, satu pengiktirafan yang diberikan pemain dari Kedah ini. Buat para peminat skuad Kenari umumnya, pastinya mereka cukup mengenali pemain ini. Badrol Bakhtiar atau lebih mesra dengan panggilan Bad di kalangan rakan-rakan sepasukan. Menabur bakti bersama negeri kelahirannya, malah kerap menjadi pilihan utama Azrai Khor untuk membarisi kesebelasan utama.Nama pemain ini kemudiannya semakin melonjak apabila diumumkan sebagai salah seorang pemain yang dihantar menjalani latihan bersama Chelsea yang dikenali sebagai sebuah kelab elit di Liga Perdana Inggeris. Tentunya peluang keemasan yang diperolehi itu sukar untuk ditolak oleh pemain kelahiran Sungai Petani ini.Baru-baru ini, saya sempat bertemu dengan Badrol sebelum dia menghadapi perlawanan Liga Malaysia yang diadakan di Lembah Klang baru-baru ini. Jom ikuti temubual eksklusif bersama-sama Badrol mengenai pengalamannya sepanjang berada di Chelsea...

Ceritakan serba sedikit mengenai perjalanan karier anda?

Untuk pengetahuan semua, karier saya dalam sukan bola sepak telah bermula apabila saya menyertai akademi bola sepak. Setelah agak lama berada dalam akademi, kemudian saya diserap ke dalam skuad Piala Presiden. Kemudian, saya juga pernah mewakili negeri Kedah untuk kejohanan Sukma.


Anda bermain di posisi mana?

Biasanya saya akan bermain sama ada di sayap kiri atau kanan. Bergantung kepada arahan jurulatih dan strategi pasukan.


Apa aktiviti anda sekiranya berehat atau bercuti dari bola sepak?

Pada kebiasaannya saya akan lebih suka lepak di rumah sahaja kerana masa itulah saya dapat berehat dan mengembalikan semula tenaga saya sebelum ini. Di rumah dapatlah saya meluangkan masa bersama ahli keluarga yang lain. Kalau keluar pun, saya akan lepak bersama rakan-rakan saya...

Saturday, September 6, 2008

BIODATA AHLI DEVOTEES

Nama:Adi Akmal Sehrom(Y Paling Ensem)
Umur:22 Tahun
Asal:Johor Bharu,Johor
Pelajar, Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

HALIM (Paling Kurus)
Nama:Abd Halim Ahmad
Umur:22 Tahun
Asal:Johor Bharu,Johor
Pelajar, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

MUHAMMAD (Muka Cam Suhaimie)
Nama:Muhammad Mohd Tawil
Umur:23 Tahun
Asal:Ranau, Sabah
Pelajar, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

SHAUQI (Ngah Pegang Enset)
Nama:Ahmad Shauqi Abu Kashim
Umur:23 Tahun
Asal:Melaka
Pelajar, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

KEDAH MEMBARA

“WALAUPUN terpaksa beraksi tanpa Cornellius Bernard Hugging, Marlon Alex James dan Nelson Sam Martin, saya yakin kita mampu melakukan kejutan pada perlawanan suku akhir pertama Piala AFC menentang kelab dari Bahrain, Al- Muharraq,” kata ketua pasukan Kedah, A Victor.
Menurutnya, ketiadaan tiga pemain import yang memastikan Kedah berjaya mempertahankan tiga gelaran dimenangi musim lalu pasti akan dirasai mereka. “Janji kami ialah aksi terbaik mampu disajikan demi terus mengharumkan nama Kedah di peringkat Asia pula selepas berjaya melakukannya di Malaysia.
“Berdepan lawan seperti pasukan Al-Muharraq yang berpengalaman memang sukar tetapi tidak mustahil untuk mencari keputusan yang diidamkan.
“Kita gagal mendapatkan khidmat dua pemain Negeri Sembilan iaitu Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak. Kita sepatutnya mendaftarkan dua pemain berkenaan sebelum 31 Ogos, tapi semuanya sudah terlambat.
“Saya yakin ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah mampu menyediakan kesebelasan terbaik bagi berdepan asakan barisan Al-Muharraq di Manama, Bahrin pada 16 September depan,” kata Victor. Katanya, kehadiran penyerang muda seperti Khyril Muhymeen, Fadly Baharom, Badrul Bakhtiar dan Shaffiq Jamal mampu memantapkan kembali prestasi mereka.

“Kita bukan tidak pernah beraksi tanpa khidmat tiga pemain import kerana kita sudah membuktikan keupayaan barisan tempatan sewaktu menjulang Piala FA, baru-baru ini.
“Kini barisan pemain Kedah sudah bertambah matang dan keyakinan diri sendiri sudah meningkat selepas memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut musim ini,” kata Victor.
Katanya, apabila beraksi di Manama, pemain akan pastikan mereka tidak akan putih mata bagi mencerahkan peluang beraksi pada suku akhir kedua di Alor Star, seminggu selepas itu.

Friday, September 5, 2008

CERPEN(DEMI KERANA CINTA)

Adilla meraba2 ke perutnya seolah-olah janin didalam rahimnya sedang bergerak2 walaupun kandunganya baru berusia 3 minggu.Tidak sabar rasanya Adilla hendak menunggu selama 8 1/2 bulan untuk melahirkan bayinya itu dan mendakapnya.Tiba2 kegelisahan bermain2 sejenak difikiran Adilla. "dapatkah aku melihatnya nanti."bisik hati kecilnya. Kata2 doktor Zaidah membuat Adilla tidak ketentuan.Kebimbangan dan ketakutan mulai mengganggu emosinya. "awak masih nak teruskan juge ke kandungan awak tu puan Adilla.Ia benar2 akan memberikan risiko yang tinggi kepada awak nanti."jelas doktor Zaidah. "walau apa pun yang terjadi saya tetap akan meneruskan kehamilan saya ini dan akan melahirkannya.Dialah satu2nya penyambung nyawa saya di dunia ini kerana saya tiada sesiapa lagi di sini."Adilla tetap dgn keputusannya. Berita tntg kehamilannya belum lagi disampaikan kepada suami dan mertuanya.Suaminya Mustakim yang dinikahinya 4 bulan yang lalu adalah atas dasar pilihan ibu mertuanya yang telah menjadi ibu angkat Adilla sejak dia berumur 12 tahun dimana kesemua keluarganya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Oleh kerana Adilla tidak mahu membuat ibu mertuanya kecewa dan berkecil hati,dia terpaksa juga menikahi abang Mustakim yang telah dianggap sebagai abang kandungnya sendiri. Adilla juga tidak mahu digelar sebagai seseorang yang tidak tahu mengenang budi kerana ibu mertuanya benar2 menyayanginya dan dia diberikan segala2nya seperti anaknya sendiri. Tetapi Adilla tahu abang Mustakim tidak menyintainya kerana dia telah pun mempunyai kekasih.Sebelum menikahi Adilla,ibu mertuanya telah menentang hubungan abang Mustakim dengan Haidah dan sekiranya abang Mustakim tetap berdegil,ibu mertuanya tidak akan menganggap abang Mustakim sebagai anaknya lagi.Adilla juga serba salah,sehinggakan Haidah menyalahkannya "ingat Dilla,walaupun kau yang kahwin dengan Mus,aku tetap akan bersama2 dia.Mus hanya cintakan aku."ugut Haidah. Adilla hanya berdiam diri dan dia tahu sampai sekarang abang Mustakim masih menemui Haidah. "tapi kaukan isteri yang sah,kau berhak ke atas suami kau." "memang aku berhak tetapi dari zahirnya aje,batinnya tidak.Abang Mus langsung tidak mencintaiku."terang Adilla lagi. "habis,kandungan kau tu bukan tanda cinta ke?.."soal Ani. "aku hanya menjalankan kewajipan pada suamiku,sekiranya dia mahu aku melayannya takkan aku hendak membantah.Lagipun kandungan ini adalah satu anugerah buat diri aku."Adilla menjelaskannya lagi lalu menggosok2 perutnya. Kandungan Adilla hampir mencecah 2 bulan tetapi dia masih belum lagi menyampaikan berita gembira itu kepada abang Mus dan ibu mertuanya.Seolah2 Adilla ingin merahsiakannya.Memandangkan tubuhnya yang kurus dan perutnya yang kecil,tiada siapa akan tahu bahawa Adilla sedang mengandung.Dia juga tidak mengalami muntah2 atau loya seperti kebanyakkan wanita hamil yang lain,hanya beberapa hari saja selepas itu segala2nya seperti biasa. "Dilla,ibu teringin sangat nak menimang cucu,bilalah agaknya tu yea?"ibu mertuanya bersuara di kala mereka minum petang bersama. Adilla faham maksud ibu mertuanya,tetapi dia sengaja buat2 tidak faham. "sabarlah bu..pasti ada rezeki nanti.Lagipun sekarang ini abang Mus sibuk sangat dan sering out station."jelas Adilla berselindung disebalik kebenaran. Sebenarnya Adilla tahu abang Mustakim pergi kemana.Sudah hampir seminggu abang Mustakim tidak pulang kerana dia sedang berbulan madu bersama Haidah.Adilla benarkan abang Mus berkahwin dengan Haidah kerana dia tidak mahu mereka melakukan dosa dan dia juga mahu memberikan kembali hak Haidah yang telah diambilnya dulu.

"terima kasih Dilla kerana benarkan abang berkahwin dengan Haidah,abang janji abang tak akan mengabaikan Dilla.Tapi jangan beritahu ibu yea."ucap Mustakim gembira bila Adilla menyuarakan agar dia dan Haidah bernikah saja. "Dilla tak kisah abang..Dilla tahu abang hanya cintakan Haidah.Kerana Dilla lah abang terpaksa bernikah dengan Dilla."jelas Adilla sedikit kecewa. Adilla akui sedikit sebanyak dia telah mula mencintai abang Mustakim dan dia tidak pernah menyuarakan kepada suaminya kerana dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.Jadi biarlah dia berkorban untuk kebahagiaan abang Mus.Lagipun abang Mus tidak pernah memarahi dia ataupun memukulnya walaupun dia dipaksa bernikah dengan Adilla.Abang Mus tetap melayannya dengan baik tetapi tidak seumpama kemesraan seorang suami kepada isterinya.Tetapi Adilla teramat merindui belaian itu. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Tiba2 malam ini sakit kepalanya menyerang lagi,sepantas kilat Adilla mengapai ubatnya yang tersimpan rahsia di almarinya.Tidak siapa pun yang tahu tentang kesakitan yang Adilla sedang alami sekarang ini.Ubatnya tinggal sedikit sahaja,esok dia akan [ergi membelinya dari doktor Zaidah. "sampai bila awak nak begini Dilla,penyakit awak tu dah semakin serius.Sekarang awak dah mengandung pula,tentu semakin sukar untuk melakukan pembedahan."soal doktor Zaidah simpati. "tak apalah doktor,saya boleh menanggungnya,yang penting bayi saya sihat."jawab Adilla sedikit lemah kerana penyakitnya yang mula menyerangnya kembali. "tak tahulah saya macam mana nak nasihat awak,pergorbanan awak nie terlalu besar. Awak sememangnya kuat dan tabah.Kalau orang lain yang berpenyakit tumor otak seperti awak nie dah lama mereka give-up."doktor Zaidah mengagumi Adilla. Adilla mengidap penyakit kanser tumor di otak setahun yang lalu bila dia sering saja sakit kepala hingga tidak tertahan rasanya.Dengan nasihat rakan2 sepejabatnya Adilla bersetuju untuk membuat pemeriksaan. "maafkan saya Adilla,nampaknya penyakit awak nie terlalu serius.Saya harap awak dapat menerima kenyataan ini sekiranya saya memberitahu awak."terang doktor Zaidah seorang pakar kanser. "apa dia doktor beritahulah saya,walaupun ia memeritkan."tanya Adilla pula. "begini Adilla...awak sebenarnya mengidap kanser tumor di otak dan ia sudah diperingkat kritikal.Awak perlu menjalani pembedahan segera,jika tidak ia akan membawa maut kepada awak."doktor Zaidah berterus-terang. Adilla terkedu sejenak mendengar penjelasan doktor Zaidah.Dia jadi tidak ketentuan dan bingung.Haruskah dia memberitahu keluarga angkatnya.

"cik Dilla..awak ok ke??"tanya doktor Zaidah bila melihat Adilla hanya berdiam diri. "saya ok doktor...Cuma saya rasa perkara ini janganlah diberitahu kepada sesiapa.Ini rahsia kita berdua."balas Adilla sedikit kegugupan menahan sebak. "tapi..keadaan awak agak merbahaya,takkan awak tidak mahu menjalani pembedahan."tanya doktor Zaidah berkerut dahinya. "tidak doktor..tolong saya simpan rahsia ini.Buat masa ini biarlah saya begini dan saya sanggup menanggung kesakitannya.Please!!doktor rahsiakan yea." rayu Adilla berharap. "baiklah!!terserah kepada awak,kalau nanti awak sudak menukar fikiran...hubungilah saya.Sementara ini saya hanya boleh memberikan ubat menahan kesakitan saja."ujar doktor Zaidah lagi. Adilla tidak mahu menyusahkan keluarga angkat dan mertuanya ini,jadi dia sanggup menanggung kesakitan.Difikirannya hanya tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan mereka.Mana hendak dicari duit pembedahan yang begitu tinggi.Jadi ia berlalu begitu sahaja dan Adilla terpaksa menelan ubat bila kesakitan itu menyerang. Mungkin ini adalah kesan kemalangan yang dialaminya kerana semasa kemalangan itu yang meragut kesemua nyawa keluarganya,hanya Adilla yang terselamat.Dia memang terhantuk kuat tapi dikesan tidak membahayakan jadi dia tidak pernah menjalani pemeriksaan lanjut selepas itu. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Adilla berasa takut kerana usia kandungannya sudah nak masuk ke 4 bulan dan perutnya sudah kelihatan sedikit membenjol.Lalu dia memikirkan sesuatu untuk mengelakkan diri dari suami dan mertuanya. "bang...Dilla nak cakap sesuatu boleh?"Adilla menyuarakan apa yang sedang dia fikirkan kini.

"cakaplah.."balas Mustakim pendek. "begini,syarikat Dilla nak buka cawangan di Pulau Pinang jadi mereka memerlukan seorang pegawai untuk ke sana selama 7 bulan,Dilla telah dipilih tetapi Dilla belum memberikan jawapannya.Kalau abang benarkan dan setuju Dilla ingin menerima tawaran syarikat Dilla itu."cerita Adilla seolah2 serius. "kalau Dilla rasa Dilla boleh melakukan dan Dilla suka,pergilah..abang tak halang."jawab Mustakim tanpa berfikir panjang. "terima kasih bang..lagi 2 hari Dilla bertolak."

Adilla tahu pasti Mustakim membenarkannya kerana dia tidak kisah pun kalau Adilla hendak kemana,kerana dihatinya tiada perasaan kasih dan sayang.Adilla sedikit sedih tetapi untuk melindungi kebenaran dia harus berada jauh dari mereka. Sebenarnya pun Adilla tidak akan kemana2,dia hanya akan menumpang dirumah Ani sehinggalah dia selamat melahirkan anaknya.Ibu mertuanya agak keberatan untuk membenarkan Adilla pergi. "tak de orang lain ke yang nak dihantar kesana Dilla..lama tu,nanti ibu rindukan Dilla."ibu mertuanya bersuara sedih. "ibu,bukan lama sangat 7 bulan aje.Nanti Dilla telefon ibu tiap2 hari,Dilla janji ok."jelas Dilla untuk menyedapkan hati ibu mertuanya. Adilla dijemput oleh Ani dengan keretanya petang itu.Adilla melihat ibu mertuanya begitu sedih dan hati Dilla tidak keruan juga dibuatnya.Tetapi demi cintanya pada suami dan keluarga mertua,Dilla harus mengelakkan mereka dari mengetahui perkara sebenar. "tengok tu Dilla kesian ibu mertua kau,dia benar2 sayangkan kau..beritahu sajalah tentang kandungan kau tu.Mengapa pula kau nak simpan2 rahsia lagi."suruh Ani ketika didalam kereta. Adilla hanya berdiam diri,berterus-terang hanya akan menambah luka dihati mereka.Kalau mereka tahu dia sedang menderita sakit pasti mereka tidak setuju dia mengandung sekarang ini.Mungkin sedari awal kehamilan mereka akan menyuruh dia menggugurkan kandungannya. Adilla juga tidak mahu meraih simpati abang Mustakim.Jangan pula bila diketahui dia sedang sakit,abang Mustakim hanya akan mendekatinya kerana kasihan bukan kerana cinta.Tiada sesiapa yang mengetahui Adilla sedang menanti maut dan bersendirian mengharungi kesakitannya itu yang secara tiba2 akan menyerangnya. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Hari ini Adilla ke hospital untuk pemeriksaan kehamilannya.Tanpa disedarinya tiba2 Haidah telah ternampak Adilla dan dia telah bersembunyi dari pandangan Adilla.Haidah juga nampak Adilla keluar dari bilik doktor Zaidah dan setelah Adilla berlalu,Haidah merapati bilik itu. "Doktor Zaidah-Pakar Tumor Otak."Haidah membaca ayat yang tertera di pintu bilik doktor itu. Haidah mengetuk bilik itu dan kelihatan seorang doktor wanita keluar dan menyapanya. "ye cik,cari siapa??"tanya doktor Zaidah. "saya menunggu Adilla,dia ada ke..??"balas Haidah berbohong. "dia baru keluar,cik nie datang bersama2 dia ke..bagus laa saya pun baru nak telefon dia suruh ambil ubat kerana dia telah tertinggal ubat dia di sini."terang doktor Zaidah. "oh ya..dia pun suruh dia ambilkan ubat tu,kerana dia penat sekali nak datang kemari.Dia sedang menunggu dibawah tu.Doktor boleh berikan kepada saya,nanti saya berikan pada Dilla ye."jawab Haidah selamba. Baru doktor Zaidah hendak melangkah pergi setelah diberikan ubat itu kepada Haidah,dia telah ditahan sekali lagi oleh Haidah. "ada apa lagi cik.." "begini doktor,boleh kita berbincang sikit tentang Adilla."pinta Haidah untuk mengorek rahsia sebenar Adilla."dia dah ceritakan kepada awak ke?"tanya doktor Zaidah lagi tanpa mengesyaki apa2. Haidah terpaksa berbohong untuk mengetahui perkara sebenar. "yea doktor..dia dah ceritakan pada saya.Boleh kita bincang sesuatu doktor."suara Haidah lagi berharap.Mereka pun menuju ke bilik agar tidak didengari oleh sesiapa di luar.Doktor Zaidah tidak mengetahui bahawa Haidah hanya membohonginya lalu doktor Zaidah telah meminta agar Haidah menasihatkan Adilla. "saya harap awak pujuklah Dilla untuk setuju menjalani pembedahan ini,keadaan dia sudah serius dan memandangkan dia sedang mengandung 5 bulan sekarang sudah tentu sukar untuk membuat pembedahan jadi saya terpaksa menunggu sehingga dia melahirkan bayinya."doktor Zaidah berterus-terang. Haidah termangu sebentar dan hatinya menjadi resah setelah dia mengetahui cerita sebenarnya.Oleh kerana tidak telah menipu doktor Zaidah dia merasakan dia terpaksa bersetuju untuk memujuk Adilla. "baiklah doktor saya akan memujuknya nanti."ujar Haidah sedih.

Haidah pun berlalu keluar dari bilik doktor Zaidah dengan seribu penyesalan kerana selama ini dia sering menyakiti Adilla.Kenyataannya Adilla sedang berjuang dengan maut dan sanggup menghadapi risiko untuk mengandung. Kalau dirinya pasti dia tidak sekuat Adilla.Sekarang ini Haidah sendiri tidak boleh mengandung kerana jangkitan kuman di rahim telah membuat dia terpaksa membuang peranakannya itu.Ini bermakna dia langsung tidak dapat memberikan zuriat kepada Mustakim. Haidah bertekad untuk mencari Adilla.Dia menunggu diluar pejabat Adilla dan tiba2 Adilla kelihatan di luar lif dimana Haidah sedang menanti.Alangkah terperanjatnya Adilla bila terlihat Haidah berada di situ.Adilla cuba melarikan diri tapi ditahan oleh Haidah. "kak Dilla."panggil Haidah lembut.Adilla terkejut kerana Haidah memanggil dia kakak. "kak Dilla..Idah nak cakap sesuatu dengan kak Dilla,please!!"rayu Haidah yang masih memegang tangan Adilla. "oklah..jom kita pergi ke taman."ajak Adilla lembut. Tetapi Adilla masih belum mengetahui apakah tujuan Haidah ingin berbicara dengannya.Setibanya mereka ditaman,belum sempat Haidah membuka mulut,Adilla terlebih dahulu yang bersuara. "Idah..kak Dilla minta tolong sesangat dengan Idah,janganlah bagi tahu abang Mus yang kak Dilla masih disini,kerana kak Dilla telah berbohong bahawa akan pergi ke Pulau Pinang tapi sebaliknya."kata2 Adilla terhenti disitu dan tangannya meraba2 ke perutnya.Mungkin kerana kesakitan ataupun bayinya bergerak2. "Idah tahu kak..kenapa kak Dilla berbohong dengan abang Mus.Idah juga tahu kak Dilla sekarang ini sedang menderita sakit kerana kanser tumor di otak kak Dilla."Haidah berterus-terang.Adilla terkejut dan terdiam bila Haidah memberitahunya yang Haidah telah pun mengetahui tentang penyakitnya ini. "macam mana Idah tahu nie,siapa beritahu Idah??"Tanya Adilla berkerut dahinya. "hari tu Idah ternampak kak Dilla sedang keluar dari bilik doktor Zaidah,lalu Idah pun menyorok agar kak Dilla tidak nampak Idah.Idah juga telah mempedayakan doktor Zaidah untuk menceritakan tentang kakak.Ini ubat kak Dilla yang Idah ambil dari doktor Zaidah."cerita Haidah satu-persatu.

Ardilla dan Haidah melayan perasaan masing-masing.Kemudian Ardilla bersuara tenang.

"Idah ke hospital untuk apa pula.Idah dah hamil yea."tanya Adilla kembali kepada Haidah.

"tidak kak..Idah dah tak boleh mengandung lagi.Rahim Idah dah dibuang dan sampai bila2 Idah tidak boleh berikan abang Mus zuriat."jelas Haidah sedih.

"jangan sedih Idah,nanti bila kak Dilla dah tiada lagi,Idah ambillah anak kakak nie dan peliharalah dia dengan baik ye!!"suara Adilla gugup dan airmata mulai menitis kepipinya.

"jangan cakap gitu kak Dilla..kakak mesti jalani pembedahan,bayi ini memerlukan kak Dilla.Kak Dilla mesti hidup kerana kami semua sayangkan kak Dilla lebih2 lagi ibu mertua kita kak."Haidah memujuk dan menenangkan Adilla.

"Idah..kakak rasa semuanya sudah terlambat Idah,harapan kakak untuk hidup agak tipis Idah.Tetapi demi bayi ini kakak akan terus harunginya sehinggalah kakak melahirkannya."ujar Adilla lagi sedih.

Kedua-dua mereka membisu dan termenung sejenak memikirkan sesuatu.

"Idah..kakak minta tolong sangat dengan Idah,janganlah beritahu abang Mus tentang kakak dan penyakit kakak ye..tolong yea Idah,kakak berharap sangat!!"rayu Adilla.

"tapi kak Dilla.."kata2 Haidah terhenti kerana terlalu sedih.

"tolong Idah..tolong yea kalau Idah sayangkan abang Mus dan kakak tolong simpan rahsia ini."rayu Adilla lagi.

Haidah terpaksa menuruti kehendak Adilla walaupun dia keberatan untuk berbuat demikian.Mereka berpelukan dan menangis.Semenjak pertemuan itu Haidah sering melawat Adilla dan menemaninya ke hospital untuk memeriksa kandungannya.Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan mesra sekali seperti adik-beradik.

Adilla bersyukur disaat-saat begini ada insan seperti Haidah yang juga madunya yang begitu mengambil berat tentang dirinya kini.Haidah juga semakin tidak sabar2 untuk menyambut kelahiran bayi Adilla walaupun dia tidak memikirkan kalaulah Adilla masih panjang umurnya,dia tetap berasa gembira kerana itu adalah anak abang Mustakim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Usia kandungan Adilla sudah mencecah ke 6 1/2 bulan dan kelihatan besar sekali perut Adilla sehinggakan dia berasa tidak berdaya untuk berjalan dek perutnya yang lebih besar dari tubuhnya.Seperti biasa Haidah akan menjemput Adilla untuk pergi ke hospital.

Sewaktu dilakukan imbasan ultrasound keatas janinnya tiba2 doktor tersebut dapat mendengar 2 nadi yang bergerak di dalam rahim Adilla.Setelah diperiksa didapati ada dua bentuk tubuh dan bertapa gembiranya Adilla kerana dia berkemungkinan melahirkan anak kembar.Haidah juga gembira kerana ini mungkin juga rezeki untuk dia yang tidak dapat melahirkan anak.

Bagi doktor Zaidah,ia adalah sesuatu yang menakutkan kerana ia pasti membahayakan kesihatan Ardilla dan bila berlaku komplikasi sewaktu untuk melahirkan nanti,risiko terhadap Adilla terlalu besar.

"saya rasa awak perlu melahirkan bayi2 ini lebih awal melalui pembedahan dari jangka yang sepatutnya Dilla...kerana nyawa awak mungkin dalam bahaya nanti."jelas doktor Zaidah.

"buat laa apa yang sepatutnya doktor asalkan bayi saya selamat!!"ujar Adilla bersemangat.Namun Adilla tetap gusar dan bimbang.

Haidah sendiri merasa takut kalau terjadi sesuatu yang buruk keatas diri Adilla.Disebalik kegembiraan mendapat anak kembar,Haidah juga merasakan Adilla terpaksa bertarung nyawa demi anak2nya.

"kesian kak Dilla."bisik hati kecil Haidah dan hatinya menangis.
Adilla terpaksa berhenti kerja kerana dia tidak berupaya untuk berjalan lagi.Kandungannya pun sudah masuk ke 7 bulan.Dia terpaksa duduk di rumah Ani dan Haidah selalu juga datang untuk menemainya bila abang Mustakim out station.Haidah terasa tidak sedap hati melihat Adilla semakin pucat dan lemah.

Sejak akhir-akhir ini penyakit Adilla sentiasa datang menyerang.Bertambah pilu melihat keadaan Adilla yang semakin tidak tertahan menanggung kesakitan yang teramat sangat.

"kak Dilla,sakit kea kak,Idah tengok kakak semakin lemah nie.Kita pergi hospital nak."tegur Haidah.

"tak pe..laa.. Idah!!ka..kak masih ku..at lagi nie."balas Adilla tersekat2.

Haidah semakin bimbang melihat keadaan Adilla.Tanpa kebenaran Adilla,Haidah memangku Adilla dan terus dibawanya ke kereta.Hati Haidah semakin terasa bimbang dan khuatir.

Setibanya mereka di hospital,Adilla segera di bawa ke bilik kecemasan.Haidah menanti dengan sabar dan tiba2 kelihatan doktor Zaidah keluar.

"cik Idah..Dilla harus melahirkan bayinya sekarang melalui pembedahan kerana keadaan Dilla semakin parah.Lekas cik Idah tandatangani borang tu."saran doktor Zaidah sedikit kelam kabut.
Haidah menjadi semakin takut dan tanpa memikirkan lagi dia terus menghubungi Mustakim dan mertuanya.Sementara menanti Adilla melahirkan,sejurus itu Mustakim dan keluarganya sampai.

"kenapa Idah?.Siapa yang Idah tunggu nie.Idah nampak gelisah saja."tanya Mustakim.

"eh!!kenapa kau disini,panggil kami nie,kau nak buat hal yea."ibu mertuanya sedikit marah.Lagipun mereka tidak mengetahui bahawa Haidah sudah menikahi Mustakim

"ibu..sabar bu,jangan buat kacau kat sini,biarkan Idah cerita dulu."sambung Mustakim.
"yelah awak nie,tak tau nak sabar, meluru aje!!"bapa mertuanya pula bersuara.

Haidah kekeliruan dan gementar.Perasaan sebak mulai mengganggu hati dan fikirannya.Dia menangis teresak2.

"menangis pula dia."marah ibu mertuanya lagi.

"Idah..mengapa nie,cakap lekas.."pujuk Mustakim.

"kak..kak..kak Dilla dalam ba..ha..ya.. se..karang."jelas Haidah tersekat-sekat.

"apa Dilla."terjerit ibu mertuanya bila mendengar Haidah menyebut nama Adilla.

"kenapa Dilla..cakap Idah,kenapa Dilla."suruh Mustakim lagi.
Belum sempat Haidah menceritakan tiba2 doktor Zaidah keluar dan meluru kearah mereka.

"cik Idah,dan semua nie pasti keluarga Dilla kan."

Mereka semua mengangguk kerana menanti sesuatu yang doktor Zaidah hendak sampaikan.
"saya doktor Zaidah,doktor pakar tumor otak dan sayalah yang sedang merawat cik Adilla sekarang."jelas doktor Zaidah.

Mustakim dan keluarganya benar2 terperanjat bila doktor Zaidah menerangkan keadaan yang dialami Adilla.

"pakar tumor otak??Dilla..Dilla..sakit lah sekarang nie." ibu Mustakim pula bersuara.
Doktor Zaidah menceritakan segala2nya dan sekarang ini Adilla telah melahirkan bayi kembarnya dengan selamat.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Keadaan bayi2nya sihat walaupun sewaktu dilahirkan baru berumur 7 bulan Cuma keadaan Adilla yang semakin tenat.Setelah mengetahui segala2nya,mereka semua meluru ke bilik wad dimana Adilla ditempatkan.

Haidah benar2 kecewa dan sedih kerana sedari awal dia tidak berterus-terang dengan Mustakim mengenai Adilla.Tetapi dia juga serba salah kerana dia telah berjanji untuk merahsiakan.

Sebaik mereka masuk ke bilik Adilla dan melihat keadaan Adilla yang benar2 pucat,lemah dan tidak berdaya,mengalir airmata mereka semua yang memandang.Adilla telah pun sedarkan diri tetapi masih bergantung kepada oksygen.Tangan Adilla melambai2 memanggil kesemua yang datang.

"kak Dilla..mengapa gini,kuatkan diri yea kak.Idah mahu terus bersama2 kak Dilla."raung Haidah tidak tertahan.

Adilla menghulurkan sepucuk surat kepada Mustakim kerana dia tidak lagi boleh berkata2 dengan keadaannya yang semakin lemah ini.Surat itu telah ditulisnya 2 hari yang lalu.

Mustakim membukanya dan membaca perlahan-lahan.
"Abang,maafkan Dilla kerana Dilla tidak dapat menjaga abang lagi kerana Dilla tidak berkesempatan untuk menjaga abang.Dilla minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya Dilla pernah bersalah kepada abang.Satu perkara yang selama ini Dilla pendamkan adalah Dilla benar2 menyintai abang sepenuh hati abang.Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini.Seperkara lagi maafkan Dilla lagi kerana merahsiakan tentang kehamilan Dilla.Hanya zuriat ini penyambung kasih dan cinta Dilla terhadap abang."

Airmata Mustakim mulai bergenang dikelopak matanya dan titis demi setitis ia mulai jatuh membasahi pipinya.Mustakim mengenggam erat jari jemari Adilla dan Adilla hanya mampu memberi isyarat senyuman yang hambar tetapi tetap manis.Mustakim menyambung kembali membaca surat Adilla.

"Ibu..Dilla tahu walaupun Dilla telah membohongi ibu,ibu tetap sayangkan Dillakan!!Ibu,sebelum Dilla memejamkan mata ini Dilla harap ibu dapat tunaikan satu permintaan Dilla.Terimalah Haidah kerana dia telah menjadi menantu ibu juga.Abang Mus dan Haidah telah menikah dengan kehendak Dilla.Tolonglah ibu..izinkan Dilla pergi dengan tenang.Maafkanlah segala dosa2 Dilla pada ibu dan terima kasih ibu kerana sudi menjadi ibu kandung Dilla.Dilla sayangkan ibu,semua yang Dilla lakukan adalah kerana cinta dan kasih Dilla pada ibu."

Ibu mertua Adilla mengusap2 dahi Adilla dengan linangan airmata yang berjurai2 jatuh dari kelopak matanya.Adilla merenung ibu mertuanya begitu mendalam berharap ibu mertuanya menerima permintaan terakhirnya.

"hati Dilla begitu mulia sayang,maafkan ibu juga yea Dilla.Ibu brjanji Dilla,ibu akan penuhi permintaan Dilla..ibu berjanji!!"ibu mertuanya tidak dapat menahan sebak didadanya lagi.

Adilla memberikan senyuman yang makin terukir dibibir pucatnya.Hatinya terasa begitu lega sekali.Mustakim menyambung lagi.

"ayah,Dilla tahu ayah memang ayah yang baik dan tenang sekali.Terima kasih kerana menjadi ayah Dilla dan membesarkan Dilla dengan penuh kasih sayang.Maafkan Dilla kerana tidak dapat menjaga ayah bila ayah sudah tua nanti."

Ayah mertuanya mengangguk perlahan menunjukkan kepada Adilla bahawa dia benar2 sayangkan Adilla dan airmata mulai jatuh kepipi bila melihat keadaan Adilla.

"dan Haidah,sekiranya kak Dilla sudah tiada lagi sudilah menjaga anak2 kakak yea.Berilah kasih sayang dan bila mereka sudah besar nanti tolonglah beritahu mereka apa yang ibu mereka lakukan adalah demi kerana cinta seorang ibu kepada anak2nya.Kakak berterima kasih kepada Idah kerana sanggup menjaga kak Dilla selama ini.Dan..maafkan kakak jika kakak bersalah pada Idah selama ini.Seperkara lagi berikanlah nama2 ini kepada anak2 kakak...
kalau lelaki berikan nama Muhammad Hakim dan perempuan berikanlah nama Nurardila."
Haidah benar2 tidak dapat menahan sebak didadanya lagi lalu memeluk erat Adilla.
"kak Dilla jangan gini kak,Idah dah benar2 sayangkan kak Dilla..janganlah tinggalkan kami."seru Haidah dengan linangan airmata yang bertubi2 jatuh membasahi pipinya.

Adilla terasa sebak dan cuba untuk menahannya tetapi airmatanya tetap menitis keluar.Lebih memilulan Ardilla tidak dapat melihat wajah2 anak kembarnya yang masih berada di ICU kerana lahir tidak culup bulan.Tetapi hatinya dapat merasakan bahawa anak2nya cukup kuat dan pasti akan dapat membesar dengan sempurna.Tiba-tiba nafas Ardilla tersekat-sekat dan Mustakim mendekati Adilla lantas berbisik ke telinga Adilla.
"mengucap Dilla..mengucap sayang."suruh Mustakim sambil membacakan kalimah syahadah ke telinga Adilla.

Mulut Adilla terkumat-kamit dan dengan tenang dia menutup kedua2 belah matanya.
"Dilla..Dilla.."panggil ibu mertuanya sambil mengerakkan sedikit tubuh Adilla.Tiada sahutan dari Adilla.Ternyata Adilla telah kembali ke rahmahtullah dengan cinta yang disemai disaat2 akhir hayatnya.Adilla tetap gembira sekurang2nya dia telah memberikan dua zuriat sekaligus kepada suaminya yang amat dicintainya.
Hari berganti hariBulan Berganti bulanTahun berganti tahunKini hampir 5 tahun Ardilla "pergi"..namun kenangan itu akan sentiasa terpahat didalam hati Haidah dan Mustakim.

"Hakim..Ardila..jom kita balik sayang!!Minggu depan kita datang lagi melawat pusara ibu yer"panggil Haidah dengan lembut sekali.

Kedua2 anak kecil itu terus menerpa kearah mama Haidah.Biarpun anak2 kecil itu tidak lahir dari rahimnya,Haidah teramat menyayangi mereka.Semuanya demi Ardilla.Andai Ardilla sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan permata ini,dia juga sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjaga permata ini.

Haidah yakin dia dapat memberikan kasih sayang yang sebaik mungkin demi kerana cintanya terhadap Ardilla dan Mustakim.Kini cintanya semakin tebal dengan kehadiran Hakim dan Ardila.

Mereka bertiga meninggalkan kawasan pusara dengan hati yang penuh dengan keinsafan dan esok masih menanti untuk meneruskan hidup DEMI KERANA CINTA.

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan

"Dalam kesakitan teruji kesabaran. Dalam perjuangan teruji keikhlasan. Dalam ukhuwah teruji ketulusan. Dalam tawakal teruji keyakinan. Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah. "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN".

Wednesday, August 6, 2008

MUTIARA KATA BUAT TATAPAN ANDA SUME....


1.Great work is done by people, who are not greate to be great.

2. Hati yang lapang adalah jiwa yang suci, hati yang paling suci mulia adalah jiwa yang paling dekat dengan Allah S.W.T yang abadi.

3.Cinta itu cahaya yang menyinari kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya.

4. Muflis dalam harta hanya kemiskinan yang sementara d dunia, muflis dalam watak adalah kemiskinan terburuk d dunia. Ia akan d bawa bersama ke akhirat.

5.Meluncuri lautan ilmu jawapannya buku.

6.Jangan selalu mengharap bulan jatuh ke riba, tetapi kita cubalah pergi ke bulan.

7.Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu..

Monday, August 4, 2008

Rintihan Hamba


Ya Allah, adakah ini ujian dari Mu????Aku rasa sakit Ya Allah.Sakit sangat.Berapa lama lagi harus aku hadapi ujian ini Ya Allah.Penyakit perasaan ini x pernah aku jangka Ya Allah.Berikanlah aku kekuatan untuk ku hadapi ujian ini Ya Allah.Adakah "dia" d takdirkan untuk aku???? @ "dia" hanyalah sebagai ujian untuk aku???...Berikanlah aku ptunjuk Ya Allah....JIKA INI SEMUA UJIAN UNTUK AKU, AKU REDHA YA ALLAH.....

Monday, July 28, 2008

KONSEP AGAMA:AMBIL PENGAJARAN ISRAK DAN MIKRAJ..

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.
Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah', yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa', Mansoorah, Mesir ? 1986.
Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.
Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.
Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1
Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2
Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan."


Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.
Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.
Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.
Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.
Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.
Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.
Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.
Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.
Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.
Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.
terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."
Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.
Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.
Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?
Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.
Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.
Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.
Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.
Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran

Saturday, July 26, 2008

KENDURI KESYUKURAN DUN BUKIT LADA MERIAH


Majlis Tindakan Dun Bukit Lada (MTD Bukit Lada) bersama Pondok Bukit Lada mengadakan majlis kesyukuran yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Dun Bukit Lada. Yang paling istimewa sekali adalah kehadiran MB Kedah, YAB Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak tepat jam 1.00 tengahari dan disambut oleh orang ramai dan alunan salawat yang diketuai oleh Kumpulan Al-Hilal. Beliau turut diiringi oleh Exco Kedah, YB. Ir. Haji Amiruddin bin Hamzah.

Acara dimulakan sewal jam 10.30 pagi dengan berzanji dan marhaban oleh kumpulan tersebut yang diketuai oleh Ust Abdul Ghani Abdullah. Jamuan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir sehingga jam 5.00 ptg.

Ustaz Azizan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan dalam pihanraya yang lalu. Kemenangan ini merupakan buah hasil daripada usaha generasi terdahulu ibarat pokok durian yang telah ditanam datuknya bertahun kemudian dipungut hasil oleh cucunya. Semoga kita semua meningkatkan ketaqwaan dan banyakkan hubungan dengan Allah swt bagi memelihara kemenangan yang penuh bermakna ini.

Friday, July 25, 2008

For All Student


Pendahuluan

Kajian mendapati 95% pelajar tidak cemerlang. Sebenarnya kita bukan tidak cemerlang tetapi adalah insan yang luarbiasa dan sebaik-baik kejadian sepertimana firman Allah dalam Surah At Tin ayat 4.
Langkah 1
1.1 Gunakan ke dua-dua bahagian otak kiri dan kanan.
1.2 Otak kanan otak kreatif, suka sastera, suka warna, gambar irama lagu dll.
1.3 Otak kiri suka hitam putih, suka sains, sistematik, logik, rasional, mencipta lirik dll.
1.4 Tangan kiri rangsang otak kanan, tangan kanan rangsang otak kiri.
1.5 Oleh itu selalulah gunakan kedua-dua tangan dan kaki untuk rangsang kedua-dua bahagian otak.
Langkah 2
2.1 Rangsang semua deria dalam proses pembelajaran. Kalau hanya membaca cuma dapat ingat 10%.
2.2 Kalau membaca dan mendengar dapat ingat 20%.
2.3 Kalau membaca, mendengar dan mencatat dapat ingat 50% dan kalau membaca, mendengar, mencatat dan menyebut (mengamalkannya) dapat ingat 90%.
Langkah 3
3.1 Belajar banyak jam (masa). Kalau Sek. Menengah 2-3 jam sehari.
3.2 Institut Pengajian Tinggi (Universiti) 4-5 jam sehari.
3.3 Bagi sekolah rendah sekurang-kurangnya 1 jam sehari.
Langkah 4
4.1 Persekitaran yang selesa dan tenteram.
4.2 Banyak warna hijau ataupun kuning (baik untuk mata).
4.3 Jangan membaca di tempat yang terlalu sejuk.
4.4 Jangan membaca sambil mendengar radio atau melihat tv.
4.5 Jangan membaca sambil baring-baring nanti cepat mengantuk.
4.6 Jangan membaca sambil duduk di atas lantai nanti cepat bongkok.
Langkah 5
5.1 Tampal kata-kata hikmat atau motivasi samada di bilik, tepi katil, atas meja dan lain-lain yang sesuai seperti ‘Saya yakin boleh’ ‘Saya pelajar Cemerlang’ dll.
5.2 Membaca sambil duduk di atas kerusi dan kalau boleh menghadap kiblat.
Langkah 6
6.1 Belajar secara “Output learning” iaitu sebut semula selepas membaca.
6.2 Tunjuk menggunakan jari telunjuk. Gariskan dengan pensel perkara yang penting atau menggunakan warna tertentu.
6.3 Lakarkan menggunakan gambarajah ataupun peta minda.
6.4 Tutup peta minda dan cuba sebut semula
.
Langkah 7
7.1 Tahu teknik merangsang dan memotivasikan diri.
7.2 Tuliskan dalam diari perkara positif yang dilakukan setiap malam.
7.3 Muhasabah diri adakah diri anda lebih baik dari semalam atau sebaliknya.
7.4 Berkawanlah dengan orang yang positif (baik, rajin dan sebagainya). 7.5 Ingatkan kawan-kawan lain supaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Langkah 8
8.1 Sentiasa awal dalam mendahului.
8.2 Duduk di hadapan sekali atau di tengah.
8.3 Belajar / mengulangkaji dari awal tahun.
8.4 Baca buku sebelum cikgu mengajar. Dapat 2X faham berbanding murid lain.
Langkah 9
9.1 Sentiasa membaca doa penerang hati.
9.2 Membaca surah Al Insyirah setiap hari.
9.3 Membaca al Quran 2 ain setiap malam.
9.4 Belajar dalam sesi pendek. 20 minit membaca rehat 2 minit, InsyaAllah tidak rasa penat walaupun belajar 3-4 jam.
Langkah 10
10.1 Serlahkan kecemerlangan diri. Merendahkan diri sifat terpuji tetapi jangan menghina diri dengan mengatakan aku ni bodoh, tak pandai, engkau boleh lah dan lain-lain lagi.
10.2Cepat ulangkaji atau buat kerja rumah. Kalau dibiarkan berlalu selama 1 hari anda Cuma boleh ingat 20% sahaja.
10.3Kalau dibiarkan selama 2 hari, besar kemungkinan anda akan lupa apa yang telah dipelajari.
Langkah 11
11.1 Tahu petua menguatkan ingatan.
11.2 Makanlah benda manis seperti madu, kismis dll setiap pagi.
11.3 Makan buah sebelum makan nasi (dapat vitamin C)
11.4 Minum air kacang soya.
11.5 Makan tauhu.
11.6 Makan banyak kacang-kacang kecuali kacang gajus.
11.7 Makan makanan yang banyak mengandungi B Complex seperti Coco Crunch, Cornflakes dll.
11.8 Makan buah badam.
11.9 Makan makanan yang baik (suci/halal dan tidak syubahat).
11.10 Jangan makan kepala seperti kepala ikan, ayam, kambing, udang dll.
11.11 Jangan makan benda dalaman seperti perut, limpa, hati,jantung, dll.
11.12 Jangan makan / minuman yang bersemut.
11.13 Jangan makan makanan ringan dan air bergas.
11.14 Jangan makan yang masam-masam atau masin.
11.15 Memakai wangi-wangian (lelaki – sunat). Bagi perempuan sekadarnya dan jangan sampai tercium bau itu oleh lelaki yang bukan mahram.
11.16 Memakai minyak rambut.
11.17 Riadah 30 minit (3-4 kali seminggu). Untuk bekalan oksigen. Tapi jangan main lama sangat.
11.18Elakkan minum semasa makan. Sunnah nabi minum 1 jam sebelum dan sesudah makan.
11.19 Elakkan makan terlalu kenyang (perut kenyang otak kosong – Kata Saidina Abu Bakar).
11.20 Jangan kencing berdiri.
11.21 Jangan melihat kemaluan/aurat orang lain.
11.22 Jangan melihat najis semasa buang air besar.
11.23 Jangan melihat buih / main buih.
11.24 Jangan melihat salib atau lalu di bawahnya.
11.25 Jangan baca nama di batu nesan kecuali perlu.
11.126 Jangan berdiri di tengah-tengah binatang ternakan seperti lembu, kambing dan kuda.
Langkah 12
12.1 Cekap mengatur jadual waktu. Kajian - 95% tidak ikut jadual kerana tidak menarik minat.
12.2 Masukkan dalam jadual waktu belajar, tengok tv, beriadah, tidur, ziarah nenek, dll.
12.3 Buat jadual anjal, iaitu belajar pelajaran yang sama pada hari itu. Kalau BM malam pun BM.
12.4 Baca pelajaran yang sukar di awal waktu dan yang mudah di waktu akhir.
Langkah 13
13.1 Bentuklah sifat-sifat yang cemerlang.
13.2 Kalau boleh pakaian kemas dan bersih.
13.3 Buat kerja dengan teliti dan bersemangat.
13.4 Kalau malas, suka ponteng, cuai, suka bohong maka bila sudah besar/bekerja nanti maka jadilah anda pekerja yang pemalas, suka ponteng, cuai dan pembohong.
Langkah 14
14.1 Taat perintah Allah.
14.2 Solat / Puasa.
14.3 Hormat kedua ibubapa.
14.4 Hormat guru. Minta maaf dari guru. Minta halalkan ilmu guru.
14.5 Sentiasa bersemangat.
14.6 Bantu orang lain berjaya.
14.7 Gunakan Konsep ‘DUIT’ iaitu :-

D= Doa (solat)
U= Usaha,
I= Istiqomah (berterusan)
T= Tawakkal.
Langkah 15
Sebelum Hari Peperiksaan
15.1 Jangan terlalu terpikat dengan soalan ramalan.
15.2 Sediakan keperluan peperiksaan lebih awal seperti alat tulis dsbnya.
15.3 Lebihkan pensel sekurang-kurangnya 2 batang sebaik-baiknya 5 (UPSR).
15.4 Jangan tidur lewat. Kuncikan jam meja dengan betul.
15.5 Baca doa tidur dan tetapkan hati.
Pada hari peperiksaan
15.5 Mandi dengan air suam.
15.6 Solat Hajat / Subuh. Berdoa mohon kekuatan untuk menghadapi peperiksaan.
15.7 Elakkan berdebat atau bertengkar.
15.5 Pakai baju sejuk.
15.6 Tiba awal di dewan peperiksaan.
15.7 Bawa dan baca nota ringkas jika masih ada masa terluang.
Di dewan peperiksaan.
15.5 Melangkah masuk dengan tenang.
15.6 Simpan semua nota di luar kelas.
15.7 Duduk di tempat yang disediakan dan dengar arahan dengan teliti.
15.8 Pastikan semua alat tulis ada dihadapan anda.
15.9 Jangan mencatat atau menulis apa-apa.
15.10 Jangan buka kertas soalan sebelum diberitahu.
15.11 Bacalah doa penerang hati.
15.12 Baca arahan dengan teliti.
15.13 Baca soalan sepintas lalu.
15.14 Pastikan berapa soalan yang perlu dijawab.
15.15 Jawab soalan yang senang dahulu. Jika susah tandakan dan jawab kemudian.
15.16 Bahagikan masa yang diberi dengan jumlah soalan yang mesti dijawab.
15.17 Gunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami.
15.18 Tulisan mestilah terang, kemas, bersih dan mudah dibaca oleh pemeriksa.
15.19 Ejaan dan tanda baca mestilah ditulis dengan betul dan terkini.
15.20 Buat catatan butir-butir yang teringat di kepala sebelum terlupa.
15.21 ‘Menembak jawapan’ adalah jalan yang terakhir. Ini lebih baik daripada tidak menjawab langsung.
15.22 Semak semula jawapan sekurang-kurangnya sekali dan pastikan semua soalan dijawab.