Malam tadi saya terbaca mengenai satu karangan pelajar UPSR di dalam blog Feisal Tehrani. Saya sependapat dengan Feisal, karangan pelajar yang menduduki UPSR di dalam blognya itu sungguh mengejutkan. Tahap imaginasi mereka terlalu tinggi, malah mungkin menjangkau tahap pemikiran orang dewasa. Mengikut Feisal, beliau memperolehi karangan ini dari adiknya yang bertugas di Jabatan Nazir Sekolah. Mungkin ada yang pernah membacanya di dalam internet, namun bagi yang belum pernah membacanya anda tentu terfikir: jika beginilah tahap imaginasi dan pemikiran pelajar berusia 12 tahun, bayangkan kehidupan mereka ketika berusia 22 tahun, 32 tahun dan 42 tahun kelak.
Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Remember the three R’s: Respect for self; Respect for others; Responsibility for all your actions.
Monday, February 23, 2009
Friday, February 20, 2009
Thursday, February 19, 2009
Tuesday, February 10, 2009
mmmm......sedapnya
Monday, February 9, 2009
Resepi Bubur Lambuk
Bahan
2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker] - rebus dlm periuk serbaguna
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
*1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
*4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
*1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi] - saya rebus...malas nak basuh oven
air secukupnya
garam
*daun2 yg saya letak
Cara membuat
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.
Resepi Sambal Tumis
Bahan-Bahan: | |
Segenggam ikan bilis digoreng 2 biji bawang merah ditumbuk 1 biji bawang Putih ditumbuk Cili kering dikisar Air asam jawa Minyak | 1 labu dan bawang besar dikisar halus Belacan Gula Garam Ajinomoto |
Cara: | |
Minyak dipanaskan, masukkan bawang putih dan bawang merah. Dah naik bau dan kekuningan masukkan cili + bawang besar yang dikisar halus + gula + garam + aji + belacan dan air asam.Masak hingga cili masak sampai timbul minyak baru masukkan ikan bilis yang digoreng | |
Cadangan Hidangan: | |
Kalau buat sambal ni bayak2 tanpa ikan bilis pun takpe. Boleh buat sambal segera, tambah ikan goreng ke, buat nasi& mee goreng serta ayam masak merah pun sedap. | |
Tambahan: | |
Rahsia kesedapan sambal tumis ni terletak pada bawang besar yang dikisar tadi. Sambal semuanya sama tapi nak tahu sedapnya sambal ni kena cuba baru tahu. |
Friday, February 6, 2009
Sepupu Sultan Mizan seorang artis
Salam sume...sblm aku nak study RM ni, aku nak cite ckit kat korang....Cite ape???hehe...Tunggu dan lihat...Korang kenal x Anis Suraya Tengku Sulaiman. Ala, penyanyi SRC tu. Tdk ku sangka, dia tu sepupu kepada Yang D pertuan Agong skrang ni, Sultan Mizan......setahu aku, dia ni adik shawn bahrin tp apasal nama bapak diorang x sama???Conpius2..........
Pengisytiharan Daerah Pokok Sena
POKOK SENA 5 Feb. – Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini mengisytiharkan daerah kecil Pokok Sena dinaik taraf sebagai daerah penuh sempena sambutan ulang tahun ke-81 Hari Keputeraan baginda baru-baru ini.
Dengan pengisytiharan itu, Kedah secara rasminya kini mempunyai 12 daerah. - Bernama
Wah, bangganya aku jadi anak pokok sena..Hehe.......
Azwan Ali?????
Korang kenal x Azwan ali????Of course la knl kan.korang kan peminat setia dia. Hahaha......K, lelaki y kat sebelah ni merupakan abang Azwan Ali iaitu Azmin Ali(Ahli Parlimen PKR). K, y pompuan tu plk aku x pasti la kakak atau adik dia tp y aku pasti pompuan ni terlibat sama dlm kes anwar ibrahim beberapa thn dahulu. Pompuan tu nama Umi Hafilda Ali...SEKIAN BERITA TERLAPOK, SALAM HORMAT...
Antz
Aku bukan nak cite fsl semut tau tp aku nak cite fsl kumpulan favourite aku time skul menengah ni iaitu kumpulan Antz....Aku minat giler kat diaorang punya vokalis(fairuz). Dah la ensem pastu dia punya suara,kiut giler.....Pastu aku dgr ada ahli y kuar dr group ni n d gntikn ngan ahli baru. Dia pun x kurang ensemnya. klu x clap aku, mamat ni nama E-in(bj biru).....Antara lagu diaorang y ngetop ialah Lidya, sebati and cinta remaja(feat Elyana). Tp y wat aku terkilan sampai skrang, aku x mmpu bl album diorang time tu coz kewangan x izinkan...Huhu, c dih la plk:-(...Tp klu diaorng muncul la ni, insyaallah, aku akn borong album diaorang...Bukan Antz je tau, aku pun minat gak ngan group new boyz(time dulu bukan cam skrang y serabut serabai) & Boboy(lagu episod cinta mmng best)...
Upin N Ipin
Ha, slaloonya korang just dgr suara upin n Ipin y comel tu ja kan.... Tp kl ni aku nak kasi tau korang suara d sebalik mereka berdua tu. Actually suara tu milik Adik Fathiah..Memang comel giler suara tu n sesuai ngan watak upin n ipin...klu boleh aku nak dgr suara tu dari mulut adik tu sndiri, bukan d sebalik Upin n Ipin....
Anak Beranak dan adik beradik glamour
OK.Dah siap upload gambar.
1.Yang kat atas skali tu Nurul Izzah(YB Lembah Pantai)merupakan ank kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim(Ahli Parlimen Permatang Pauh)
2.Gambar yang ke-3 tu ialah anas tahir(dalam gambar kiri skali)ialah x Far East dan dia juga merupakan adik kepada Faizal Tahir(x Mirwana).
3.Gambar y ke-5 tu ialah gobind singh deo, anak bongsu kepada Karpal Singh(DAP Chairman)
4.And Lastly, Khalid Samad(YB Shah Alam(Pas)) merupakan adik Shahrir Samad(Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna)...
Thursday, February 5, 2009
Apa AkanJadi Ngan Perak
Actually, aku ni minat la jugak ngan politik tapi aku x leh tulis banyak fasal tu coz skrang ni kerajaan ngah aim blogger2. Klu clap ckp ckit,dalam lokap la jawabnya and tahan under ISA(Internal Security Act). aku rasa akta ni x logik langsung. Lagipun aku ni still blaja lagi, klu kena tahan alamatnya gelap la masa depan aku.lagipun mak aku dah pesan supaya jgn terlalu aktif dalam politik time still blaja tkt bagi ksn kpd study....Opsss, tersasar dari landasan.Cowy....Aku nak cite benda lain sbnrnya..Skrang ni ketakutan melanda diri aku coz 2 orng Adun Perak dah kuar dari PKR n maybe diaorang akan masuk UMNO...Klu bnda ni terjadi nmpknya Perak akan jatuh ke tangan UMNO.N klu bnda ni terjd gak, Perak akan d pimpin oleh kerajaan rasuah. Nauzubillah...X dapat aku byangkan. Dari 5 ngr tinggal 4(sedih tu)...Ya Allah, Kau kekalkanlah Perak d bawah pemerintahan y ADIL lagi BENAR dan Kau sedarkanlah mereka2 yang telah buta hati Ya Allah.AMIN....
Resepi tom yam
Bahan-Bahan: | |
½ ekor ayam (dipotong kecil) ¼ kg udang 2 batang serai(ditumbuk) 2 labu bawang besar(dibelah enam) 1 kiub perasa tom yam 2 camca besar air asam limau nipis | ¼ kg sotong 4 helai daun limau purut 4 biji cili hidup(ditumbuk) 2 biji tomato(dibelah enam) 2 camca besar cili boh atau cili serbuk Gula dan garam secukup rasa |
Cara: | |
Panaskan air dan masukkan cili boh. Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut. Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi. |
Salam
Hai.....Dah lama aku x edit blog aku ni..Aku rasa blog aku ni hidup segan, mati x mau..Saat dan ketika ni baru aku rasa nak menghidupkan kembali blog aku ni. So, harap korang yang ziarah blog aku ni dapat info sebanyak mungkin...Sem ni aku rasa sem paling mencabar coz byk assignment and terpaksa ngadap lecturer yang phsyco....:-( Sedih ooo......Jap, idea ilang coz dok sorang2 kat bilik coz rumet aku yang sorang tu balik tok ziarah ladang y d dalamnya mengandungi ayam n kambing....Sem ni aku ambik 4 subject n tok final just 3 subject...Mood nak tulis ilang plk dah..sambung esok leh x, mood x mai2...k, asssalamualaikum.....
Subscribe to:
Posts (Atom)