Friday, March 13, 2009

Al-arqam


Kesalahan Ustaz Ashaari dan al-Arqam bukan se­takat dengan kerajaan dan rakyat Malay­sia, malah yang paling besar kesalahan­nya adalah dengan Tuhan. Iktikad salah yang menjadi pegangan yang telah difat­wakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebang­saan seumpama 'Pintu syurga' yang di­damkan selama ini rupa-rupanya adalah 'Pintu neraka.'
Bagi Zabidi apabila Ustaz Ashaari ti­dak bertaubat sebagaimana yang dijanji­kannya dalam doa. Mubahalah, sehingga berlaku tangkapan kali kedua dalam je­maah al-Arqam. Kesan doa Mubahalah itu masih terus berlaku. Ini dapat dilihat kesukaran demi kesukaran yang ditang­gung Ustaz Ashaari selepas itu.
"Saya melihat dalam al-Arklam ter­dapat ahli-ahli yang ikhlas yang datang kerana dorongan untuk memperbaiki diri dan berkorban demi kemuliaan Is­lam. Saya yakin doa mereka diterima Al­lah. Malangnya Ustaz Ashaari tidak se­dar dan memanipulasi keadaan tersebut dalam 'agenda tersembunyinya' yang terkandung dalam fahaman fahaman yang difatwakan salah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Merujuk kenyataan dan tulisan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menggambarkan kesan Mubahalah kepada fizikal dan pemikiran pelakunya, Zabidi amat bersetuju. Menurut Zabidi, kesan itulah yang ditanggung oleh bekas pemimpin tertinggi al-Arqam.
Katanya, sebagai contoh, Ustaz Ashaari dulunya seorang penulis yang banyak menulis buku-buku yang mam­pu membangkit semangat pengikutnya. Namun selepas pengharaman al-Arqlam, buku karangan beliau yang bertajuk Na­sihat untuk Bekas-Bekas Arqam' mem­perlihatkan kekecewaan beliau dan menggambarkan beliau sebagai seorang yang kalah dan lemah. Buku karangan is­terinya Khadijah Am bertajuk 'Pemimpin Ajaib' tidak mampu menaikkan imej Ustaz Ashaari seperti sebelumnya.
"Saya melihat juga perubahan fizikal beliau. Dari seorang pemimpin yang berkarisma menjadi seorang yang sangat uzur. Saya mendapat khabar, pa­da. tahun 1997 beliau diserang angin ah­mar dan terjatuh di bilik air. Kemudian sukar untuk bercakap dan sejak itu kesi­hatannya semakin menurun. Hari ini be­liau menggunakan kerusi roda dan me­makai lampin pakai buang," ujar Zabidi yang meyakini doa Mubahalah sangat berkesan mencari kebenaran di sebalik kekeliruan yang timbul

1 comment:

Unknown said...

Awk ni bekas pengikot al arqam ke?
Sekarang ni merate2 je pengikot al arqam.. Baru2 ni meninggal sorang. Mesti awk dengar nasyid dia kan? tulis sendiri oleh Ustaz Ashaari semua nasyid yang dia bawak tu..