Friday, March 13, 2009

group nasyeed

as-saufee


info:

Latar belakang AsSaufee AsSaufee membawa maksud kejernihan, sesuai dengan motto kumpulan AsSaufee ialah untuk menjernihkan suasana hiburan tanah air dengan hiburan alternatif yang berlandaskan Islam, serta memeriahkan lagi industri nasyid tanah air. Kumpulan AsSaufee ditubuhkan pada tahun 2001 di bawah naungan Rumpun Records. Di awal penubuhannya, kumpulan ini dianggotai seramai 6 orang ahli. Pernah melahirkan sebuah album pada tahun 2002 yang berjudul keinsafan. Antara lagu-lagu dari album tersebut yang sering bermain dicorong radio ikim.fm dan RTM1 ialah Dustur Ilahi & Keinsafan. Sering mendapat jemputan membuat persembahan di sekitar semenanjung Malaysia, terutamanya sekitar Lembah Kelang. Kini AsSaufee dianggotai seramai 5 orang iaitu Ahmad Radzuan, Hafiz, Fakhrul Idzhan, Nazrul Azwan dan Mohd Faizal. Kini AsSaufee telah mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat berdaftar, AsSaufee Records, dan telah menghasilkan album yang berjudul Rindu Kekasih, yang telah berada di pasaran sejak Mei 2007, merupakan album pertama di bawah naungan AsSaufee Records.
emel: assaufee@yahoo.com
Tel: 0192025541

Madani


info:
Madani bermula sebagai kumpulan nasyid al-Madani in Bandar Baru Bangi. Asalnya kumpulan nasyid SMK Jalan Tiga, Madani mula mengorak langkah sebagai kumpulan nasyid bebas pada tahun 2004. Kami mencipta sendiri lirik dan lagu yang dipersembahkan di samping lagu-lagu nasyid popular daripada Nowseeheart, Raihan, Saujana & Brothers.

Kini, kumpulan Madani adalah diuruskan melalui syarikat milik penuh kami iaitu Madani Creative (001684288-T). Madani Creative adalah wakil sah untuk kumpulan nasyid dari UK Aashiq al-Rasul, & Nowseeheart.

D'menC

info:
Kumpulan Dmen'C adalah sebuah kumpulan Nasyid yang ditubuhkan pada 1 Januari 2005 dan dikelolakan oleh Ustaz Shaifulizam bin Jamaludin.Kumpulan Dmen'C terwujud daripada serpihan kumpulan Nasyid Zikry yang asalnya daripada Pejabat Agama Daerah Mersing Johor. Dan yang terkini kumpulan Dmen'C dianggotai sebanyak 4 orang anak muda yang semuanya berasal daripada Daerah Mersing, Johor. Nama Kumpulan Dmen'C adalah cetusan ilham daripada salah seorang ahli Dmen'C sendiri di mana asal ejaannya daripada Dimensi dan telah dikomersialkan dengan Dmen'C yang membawa maksud "Pada Pandangan Lelaki".

Konsep yang akan dibawakan oleh Kumpulan Dmen'C ialah berkonsepkan Balada Pop. Semoga dengan kehadiran Kumpulan Dmen'C akan dapat memeriahkan lagi industri Nasyid Tanah Air Malaysia.

Album sulung mereka terbitan DMC Edutainment memuatkan lagu hit seperti Sejernih Air,Hati Mukmin Sejati dan Cinta Realiti.Lagu Sejernih Air pernah memasuki carta NMI.




No comments: