Saturday, July 26, 2008

KENDURI KESYUKURAN DUN BUKIT LADA MERIAH


Majlis Tindakan Dun Bukit Lada (MTD Bukit Lada) bersama Pondok Bukit Lada mengadakan majlis kesyukuran yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Dun Bukit Lada. Yang paling istimewa sekali adalah kehadiran MB Kedah, YAB Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak tepat jam 1.00 tengahari dan disambut oleh orang ramai dan alunan salawat yang diketuai oleh Kumpulan Al-Hilal. Beliau turut diiringi oleh Exco Kedah, YB. Ir. Haji Amiruddin bin Hamzah.

Acara dimulakan sewal jam 10.30 pagi dengan berzanji dan marhaban oleh kumpulan tersebut yang diketuai oleh Ust Abdul Ghani Abdullah. Jamuan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir sehingga jam 5.00 ptg.

Ustaz Azizan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan dalam pihanraya yang lalu. Kemenangan ini merupakan buah hasil daripada usaha generasi terdahulu ibarat pokok durian yang telah ditanam datuknya bertahun kemudian dipungut hasil oleh cucunya. Semoga kita semua meningkatkan ketaqwaan dan banyakkan hubungan dengan Allah swt bagi memelihara kemenangan yang penuh bermakna ini.

No comments: