Tuesday, November 30, 2010

Ameer, x-Ruffedge



KETIKA ini lagu berunsur kerohanian, Seluruh Mahabbah nyanyian bekas anggota kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff, 33, atau Amer sering disiarkan di radio IKIMfm.

Mendengar lirik lagu yang mendayu dan memuji kekuasaan Tuhan secara tidak langsung menyebabkan ada di kalangan peminat muzik yang mula membandingkan Amer dengan penyanyi nasyid solo antarabangsa seperti Yusuf Islam, Sami Yusuf dan penyanyi dari Sweden kelahiran Lubnan, Maher Zain.

Apa tidaknya, Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah, For the Rest of My Life dan Open Your Eyes mencetus fenomena baru dalam dunia nasyid dan lagu kerohanian.

Amer sendiri mengakui dia juga antara peminat serta mengagumi Maher.

Begitupun terpulang kepada siapa saja yang mahu membuat andaian mengenai penampilannya itu.

Baginya, Maher sudah melaksanakan kerjanya dan tidak salah jika dia mengambil peluang berkenaan dengan memperbanyakkan pilihan lagu berentak dakwah dan kerohanian.

“Tidak dinafikan Maher Zain mencetus fenomena tersendiri dalam industri muzik antarabangsa. Pada saya dia (Maher) menyampaikan muzik dan lirik lagu yang catchy selain mudah difahami semua lapisan masyarakat.

“Dia menyampaikan lagu-lagu pop soul manakala saya lebih kepada R &B soul. Kalau ada yang kata saya hendak meniru dia, jawapan saya tidak kerana kami mempunyai konsep berlainan.

“Saya hanya mengambil peluang kerana ketika ini penerimaan peminat muzik terhadap lagu kerohanian bertambah baik.

“Apa salahnya jika memperbanyakkan lagu berbentuk sedemikian. Saya tidak kisah apa orang hendak cakap,” kata Amer ketika berkunjung ke Studio Balai Berita, Bangsar baru-baru ini bagi mempromosikan album Seluruh Mahabbah.

Album mengandungi dua lagu iaitu Seluruh Mahabbah nyanyian Amer dan Maha Suci Allah lagu duet Amer bersama Uniq serta Seluruh Mahabbah versi minus one siap dirakamkan pada Ramadan lalu. Dua lagu berkenaan ciptaan Amer manakala susunan muzik oleh Tengku Shafiz Rullah (Ash).

Buat masa ini, lagu berkenaan hanya dijual menerusi laman web atau Facebook Amer sahaja. Album berkenaan dijualkan pada harga RM10 seunit. Sebahagian daripada jualannya akan disalurkan kepada golongan anak yatim.

Bakat mencipta lagu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Amer yang turut menguruskan beberapa aktiviti membabitkan anak yatim menerusi program amal di bawah ‘click a child’ (www.clickita.com.my).

Dia juga menerbitkan program televisyen yang berkisar kepada kisah nabi, Almawlid yang bakal dihasilkan dengan kerjasama stesen televisyen Alhijrah.

Selain aktif menuntut ilmu agama menerusi satu kumpulan yang dianggotai rakan artis dan masyarakat awam yang turut dikenali Almawlid, mereka aktif memenuhi jemputan bermarhaban.

Amer memberitahu dirinya tidak dapat lari daripada menulis lirik atau syair berkisar kepada pengalaman hidup memandangkan ia adalah bakat yang dikurniakan Yang Maha Esa.

Amer yang menyertai Ruffedge sekitar 2003 sebelum berundur daripada kumpulan itu empat tahun kemudian memberitahu penghasilan album pada awalnya sekadar suka-suka itu didorong oleh impian untuk berubah ke arah kebaikan.

“Sejak dulu lagi saya sentiasa ingin mengubah hidup ke arah kebaikan melalui amalan dan keyakinan. Dalam proses mencari kebaikan itu saya sering berulang alik ke masjid berhampiran kediaman saya.

“Sebelum ini, kunjungan ke masjid hanya seminggu sekali untuk sembahyang jumaat.

“Apabila sering kali ke masjid terbuka hati saya untuk mendalami ilmu agama bersama seorang ustaz di masjid berkenaan.

“Saya akui banyak perkara dan ilmu agama yang saya pelajari di sana. Sehingga sekarang, saya masih lagi dalam proses mendalami ilmu agama.

“Perkahwinan juga menjadi faktor kepada saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tidak dinafikan dalam perkahwinan banyak perkara baru yang saya pelajari.
“Apatah lagi memegang amanah dan tanggungjawab besar sudah tentu saya mahukan yang terbaik buat keluarga,” kata Amer yang menunggu detik kelahiran anak sulungnya pada bila-bila masa saja.

Amer juga tidak menolak kemungkinan bakal tampil dengan album penuh pada masa akan datang. Begitupun dia tidak mahu tergesa-gesa melaksanakannya.

Selain Amer mereka yang pernah menganggotai kumpulan Ruffedge ialah Azan Addin Abdul Wahab (Azan), Mohd Kamaruzaman Zain Abdul Hamid (Zain), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode) dan Farrish Zaquan Ramli (Cat). Mengenai perancangan mengadakan reunion pula, Amer memaklumkan setiap mereka tidak berdepan masalah untuk berganding semula.

Monday, November 29, 2010

Confius2

Sungai Lui

First time aku dengar lagu sungai lui memang mantap, lirik dan melodi yang mengasyikkan tapi time tu aku x peduli sgt fsl maksud lirik lagu ni...Tp lama2 aku jadi tertanya2, apa sebenarnya y Aizat nak cuba sampaikan?????Da byk kali aku study lirik ni tp x dapat2 jwpn...Sape2 y tau, please answer me....

Asian Game, Guangzhou 2010


Guangzhou, November 21 - Nicol Ann David of Malaysia won the gold medal in Women's Individual Squash, beating Au Wing Chi Annie of Hong Kong, China 3-1 in the final at the 16th Asian Games in Guangzhou on November 21.

Guangzhou, November 21 - Mohamad Azlan Iskandar of Malaysia won the gold medal in Men's Individual Squash, beating Aamir Atlas Khan of Pakistan.
3-0 in the final at the 16th Asian Games in Guangzhou on November 21.


Tuesday, November 2, 2010

Camna nak wat sambal tumis y sedap????



Bahan-bahan:
Ikan bilis
5 sudu makan bawang merah dan bawang putih ~ yg telah dikisar
3 sudu makan cili kering ~ yg telah dikisar
2 biji bawang besar ~ dihiris
Air asam jawa ~ secukup rasa
Garam dan gula ~ secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Gorengkan ikan bilis..Jgn sampai hangit ok...
2. Pastu tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga kekuningan. Masukkan pula cili kering dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan bawang yang dihiris,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Kemudian masukkan ikan bilis y dah d goreng, kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

PASTI SEDAP!!!!

Kucing comel








Huhu...cute kan kucing2 y kat atas ni...Kepada peminat2 kucing, mungkin anda teruja bila tgk gelagat kucing2 ni...Gelagat diaorang leh kurangkan tension y kita hadapi...Walaupon saye x brp minat kucing tp tetap tertarik ngan perangai diaorang ni...Tak hairanlah klu ada orang y sanggup berhbs duit untuk kucing....Kadang2 kucing d letakkan kat tempat y ada air-cond...So special... Bila kucing sakit, tuan punya kucing akan mula runsing....huhu..enjoy with this pic:)

Monday, November 1, 2010

Lirik Sungai Lui – Aizat







Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Sidang DUN Kedah 14 - 16 November - Jom sapa nak pie ..!!

Sidang Bajet Kedah 14 - 16 November 2010
Salam hormat untuk semua.
.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dijadualkan pada 14 - 16 November nanti, dan Bajet 2011 akan dibentangkan oleh YAB MB pada tarikh 15 Nov. Siapa yang ingin hadir sebagai pemerhati, bolehlah datang pada tarikh tersebut. Pakaian baju kebangsaan atau long suit.
.
Tadi ada kawan sms bagitau, ada mamat mana tak tau buat blog menghina MB...dari kandungan blog itu, ia mungkin dari group yang buat demo 7 orang depan wisma 10hb dulu. Mamat tu tulis di blog dia kata MB dok binding dah bajet yang nak bentang tu tanpa bincang dengan exco dan pegawai! Hah! Lawaknya blog tu. Tu la...kalau tak tau apa-apa jangan reka cerita. Kan dah jadi fitnah tu... dah tak dak barang lain dah ka nak tulis. Bajet bukan semudah tu nak buat.. suka-suka nak bentang...siap dok binding dah pulak tu.
.
Bajet ni mai dari jabatan-jabatan dan agensi negeri. Berapa depa kutip hasil, berapa depa perlukan peruntukan, apa depa nak buat tahun depan, berapa belanja...semua tu dibuat oleh pegawai-pegawai di bawah Pegawai Kewangan Negeri. Lepas bincang, dihalusi, oleh jabatan-jabatan yang bertanggungjawab, baru boleh dibentang. Ia mengambil kira unjuran pencapaian hasil dan sejarah kewangan negeri...bukan boleh main hentam buat sendiri... gila ka apa mamat tu.
.
Nak buat ringkasan untuk ucapan pembentangan dalam DUN pun bukan sorang dua...lima enam orang pakar, tiga empat kali mesyuarat. Sekali mesyuarat berjam-jam, kebaih punggung! Dah dua kali saya terbabit dalam urusan itu. MB tengok satu-satu, teliti dengan detail sedetailnya.
.
Saya berdoa semoga mamat yang tulis hal tu di blog dia belum masuk tanjung rambutan lagi..biaq dia sempat tengok Bajet 2011 dibentangkan pada 15hb nanti!