Wednesday, December 30, 2009

My sis's Wedding













Pada 12/12/2009, Azimah Ahmad (aku punya kak) telah berjaya melangsungkan perkahwinanbersama lelaki pilihan keluarga...Pic y bawah skali tu ialah aku punya adik beradik. Aku dalam persalinan hitam tu la...Pic hantrn tu dari sebelah pihak lelaki... Y paling best, perhiasan dalam bilik tu sumenya mak aku y sediakan. x adenya nak sewa menyewa...K la, nak komen byak pon x leh coz aku update blog aku ni kat kedai jer... Nnt kena byr byk plak....len kali aku komen lain yer. Asmkm sume...BUBYEEEE....


Kahwin oh Kahwin








Pada 20/12/2009, aku punya cousin iaitu ct hajar telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama helmi. TAHNIAH aku ucapkan...hehe..Aku bila lagi??????OPSSSSS...Pada malam akad Nikah, aku d tugaskan untuk jadi mak andam y x profesional...huhu...Ok la jugak hasilnya, x la teruk sgt...Tapi pic time akad tu aku x amek pon la plak coz cbuk malam tu....Dah la jd mak andam pastu kena jd pengapit plak malam tu..Ok la tu..kira dah naik pangkat la...Sblum ni asyik jd budak y x berguna jer...Ha...y pic ke-2 dari ats tu mak akuu..(Y pakai bj brown tu)...Kerusi ala2 pelamin tu ank sedara dier y kerja kat RTM sponsor...Pengantin lelaki kerja TUDM klu x clap aku n cousin aku tu ngajar JAQAF...


Friday, December 25, 2009

Cuti Semester

Agaknya, apa y aku buat time cuti sem kali ni???????Korang pulak buat apa time cuti2 ni. Biasanya, ada yang menambah berat badan(hehe), ada y pegi bercuti, ada y tolong parent wat kerja dan byk lagi la...Pada cuti kali ni ada byk benda y menanti aku...Antaranya 1) habiskan lesen kereta, 2) Kenduri kakak ya sulung pada 12/12, 3) Kenduri cousin pada 20/12 & byk lagi la....X tertls aku kat cni...
Berat badan aku pon naik ckit agaknya cuti ni(uwaaaaa).... :-( ....Tahap keboringan tu kurang ckit la cuti ni coz aku perlu settlekn byk bnda...Apa y paling menarik time ct kali ni, aku berpeluang tok mekap kak time majlis akad nikah n time majls perkahwinan...huhu....Cousin aku plak aku mekap time dier nak akad nikah...hihi...

Monday, December 21, 2009

Apa Pendapat Anda????


APA PENDAPAT ANDA SUME TENTANG DRAMA 'TASBIH CINTA"????

Bagi aku sndiri drama ni agak best la tapi y hampehnya, pelakon perempuan tu asyik dok nangis ja...Naik mual aku tgk.Dari mula drama sampai habis, asyik dok nangis je..Macam budak2....Pelakon dia memang cun2...Tp tu la..Asyik dok nangis plak...nampak cam drama budak2 la plak..Pendapat korang plk aku x tau la camna...Bagi setiap individu, ada pendapatnya y tersndiri. Klu blh, share la kat cni...Aku pon dah kehabisan modal nak tulis...Mintak diri dulu lah ye....SALAM...

KLU SUDAH JODOH


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dan aktres jelita, Zizie Ezette hari ini mengesahkan mereka sudah berkahwin.
Dalam satu SMS kepada wartawan The Star hari ini, Bung Mokhtar mengesahkan perkahwinannya dengan Zizie, tetapi tidak memaklumkan tarikh dan tempat pernikahan itu berlangsung.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu yang dipercayai sedang bercuti di luar negara dan enggan memberitahu di mana beliau berada sekarang atau dengan siapa, turut menafikan tentang majlis respsi perkahwinan yang dikatakan diadakan di sebuah hotel mewah di sini malam Rabu lalu.
Beliau juga memohon semua pihak agar menghormati privasi mereka dan berjanji akan mengundang media jika mereka mengadakan majlis resepsi kelak.
Sementara itu, Zizie ketika dihubungi mStar, secara tidak langsung turut mengesahkan tentang perkahwinannya itu tetapi enggan mengulas lanjut tentang perkara ini.
"Kalau Datuk dah cakap ya (sudah berkahwin), ya lah...," kata Zizie ringkas dan menambah akan menjelaskan keadaan sebenar pada waktu yang sesuai.
"Saya dalam situasi yang sukar. Saya perlu menjaga hati banyak pihak. Insya-Allah, bila masanya tiba, saya berjanji akan bercakap lanjut tentang perkara ini.
"Kalau betul saya sudah berkahwin pun, saya tidak salah di sisi hukum Allah, cuma mungkin saya bersalah mengikut hukum manusia. Tapi jika sudah ditakdirkan itu jodoh saya, elak macam mana pun tetap tidak boleh lari.
"Lagipun, bagi sesiapa yang mengenali saya termasuklah wartawan-wartawan yang baik dengan saya, mereka tahu saya tidak pernah bercinta dengan suami orang. Semuanya adalah lelaki bujang. Tetapi kalau sudah jodoh, saya tidak mampu menghalang," ujar Zizie yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Suraya.