Monday, July 28, 2008

KONSEP AGAMA:AMBIL PENGAJARAN ISRAK DAN MIKRAJ..

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.
Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah', yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa', Mansoorah, Mesir ? 1986.
Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.
Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.
Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1
Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2
Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan."


Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.
Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.
Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.
Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.
Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.
Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.
Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.
Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.
Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.
Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.
terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."
Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.
Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.
Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?
Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.
Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.
Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.
Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.
Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran

Saturday, July 26, 2008

KENDURI KESYUKURAN DUN BUKIT LADA MERIAH


Majlis Tindakan Dun Bukit Lada (MTD Bukit Lada) bersama Pondok Bukit Lada mengadakan majlis kesyukuran yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Dun Bukit Lada. Yang paling istimewa sekali adalah kehadiran MB Kedah, YAB Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak tepat jam 1.00 tengahari dan disambut oleh orang ramai dan alunan salawat yang diketuai oleh Kumpulan Al-Hilal. Beliau turut diiringi oleh Exco Kedah, YB. Ir. Haji Amiruddin bin Hamzah.

Acara dimulakan sewal jam 10.30 pagi dengan berzanji dan marhaban oleh kumpulan tersebut yang diketuai oleh Ust Abdul Ghani Abdullah. Jamuan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir sehingga jam 5.00 ptg.

Ustaz Azizan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan dalam pihanraya yang lalu. Kemenangan ini merupakan buah hasil daripada usaha generasi terdahulu ibarat pokok durian yang telah ditanam datuknya bertahun kemudian dipungut hasil oleh cucunya. Semoga kita semua meningkatkan ketaqwaan dan banyakkan hubungan dengan Allah swt bagi memelihara kemenangan yang penuh bermakna ini.

Friday, July 25, 2008

For All Student


Pendahuluan

Kajian mendapati 95% pelajar tidak cemerlang. Sebenarnya kita bukan tidak cemerlang tetapi adalah insan yang luarbiasa dan sebaik-baik kejadian sepertimana firman Allah dalam Surah At Tin ayat 4.
Langkah 1
1.1 Gunakan ke dua-dua bahagian otak kiri dan kanan.
1.2 Otak kanan otak kreatif, suka sastera, suka warna, gambar irama lagu dll.
1.3 Otak kiri suka hitam putih, suka sains, sistematik, logik, rasional, mencipta lirik dll.
1.4 Tangan kiri rangsang otak kanan, tangan kanan rangsang otak kiri.
1.5 Oleh itu selalulah gunakan kedua-dua tangan dan kaki untuk rangsang kedua-dua bahagian otak.
Langkah 2
2.1 Rangsang semua deria dalam proses pembelajaran. Kalau hanya membaca cuma dapat ingat 10%.
2.2 Kalau membaca dan mendengar dapat ingat 20%.
2.3 Kalau membaca, mendengar dan mencatat dapat ingat 50% dan kalau membaca, mendengar, mencatat dan menyebut (mengamalkannya) dapat ingat 90%.
Langkah 3
3.1 Belajar banyak jam (masa). Kalau Sek. Menengah 2-3 jam sehari.
3.2 Institut Pengajian Tinggi (Universiti) 4-5 jam sehari.
3.3 Bagi sekolah rendah sekurang-kurangnya 1 jam sehari.
Langkah 4
4.1 Persekitaran yang selesa dan tenteram.
4.2 Banyak warna hijau ataupun kuning (baik untuk mata).
4.3 Jangan membaca di tempat yang terlalu sejuk.
4.4 Jangan membaca sambil mendengar radio atau melihat tv.
4.5 Jangan membaca sambil baring-baring nanti cepat mengantuk.
4.6 Jangan membaca sambil duduk di atas lantai nanti cepat bongkok.
Langkah 5
5.1 Tampal kata-kata hikmat atau motivasi samada di bilik, tepi katil, atas meja dan lain-lain yang sesuai seperti ‘Saya yakin boleh’ ‘Saya pelajar Cemerlang’ dll.
5.2 Membaca sambil duduk di atas kerusi dan kalau boleh menghadap kiblat.
Langkah 6
6.1 Belajar secara “Output learning” iaitu sebut semula selepas membaca.
6.2 Tunjuk menggunakan jari telunjuk. Gariskan dengan pensel perkara yang penting atau menggunakan warna tertentu.
6.3 Lakarkan menggunakan gambarajah ataupun peta minda.
6.4 Tutup peta minda dan cuba sebut semula
.
Langkah 7
7.1 Tahu teknik merangsang dan memotivasikan diri.
7.2 Tuliskan dalam diari perkara positif yang dilakukan setiap malam.
7.3 Muhasabah diri adakah diri anda lebih baik dari semalam atau sebaliknya.
7.4 Berkawanlah dengan orang yang positif (baik, rajin dan sebagainya). 7.5 Ingatkan kawan-kawan lain supaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Langkah 8
8.1 Sentiasa awal dalam mendahului.
8.2 Duduk di hadapan sekali atau di tengah.
8.3 Belajar / mengulangkaji dari awal tahun.
8.4 Baca buku sebelum cikgu mengajar. Dapat 2X faham berbanding murid lain.
Langkah 9
9.1 Sentiasa membaca doa penerang hati.
9.2 Membaca surah Al Insyirah setiap hari.
9.3 Membaca al Quran 2 ain setiap malam.
9.4 Belajar dalam sesi pendek. 20 minit membaca rehat 2 minit, InsyaAllah tidak rasa penat walaupun belajar 3-4 jam.
Langkah 10
10.1 Serlahkan kecemerlangan diri. Merendahkan diri sifat terpuji tetapi jangan menghina diri dengan mengatakan aku ni bodoh, tak pandai, engkau boleh lah dan lain-lain lagi.
10.2Cepat ulangkaji atau buat kerja rumah. Kalau dibiarkan berlalu selama 1 hari anda Cuma boleh ingat 20% sahaja.
10.3Kalau dibiarkan selama 2 hari, besar kemungkinan anda akan lupa apa yang telah dipelajari.
Langkah 11
11.1 Tahu petua menguatkan ingatan.
11.2 Makanlah benda manis seperti madu, kismis dll setiap pagi.
11.3 Makan buah sebelum makan nasi (dapat vitamin C)
11.4 Minum air kacang soya.
11.5 Makan tauhu.
11.6 Makan banyak kacang-kacang kecuali kacang gajus.
11.7 Makan makanan yang banyak mengandungi B Complex seperti Coco Crunch, Cornflakes dll.
11.8 Makan buah badam.
11.9 Makan makanan yang baik (suci/halal dan tidak syubahat).
11.10 Jangan makan kepala seperti kepala ikan, ayam, kambing, udang dll.
11.11 Jangan makan benda dalaman seperti perut, limpa, hati,jantung, dll.
11.12 Jangan makan / minuman yang bersemut.
11.13 Jangan makan makanan ringan dan air bergas.
11.14 Jangan makan yang masam-masam atau masin.
11.15 Memakai wangi-wangian (lelaki – sunat). Bagi perempuan sekadarnya dan jangan sampai tercium bau itu oleh lelaki yang bukan mahram.
11.16 Memakai minyak rambut.
11.17 Riadah 30 minit (3-4 kali seminggu). Untuk bekalan oksigen. Tapi jangan main lama sangat.
11.18Elakkan minum semasa makan. Sunnah nabi minum 1 jam sebelum dan sesudah makan.
11.19 Elakkan makan terlalu kenyang (perut kenyang otak kosong – Kata Saidina Abu Bakar).
11.20 Jangan kencing berdiri.
11.21 Jangan melihat kemaluan/aurat orang lain.
11.22 Jangan melihat najis semasa buang air besar.
11.23 Jangan melihat buih / main buih.
11.24 Jangan melihat salib atau lalu di bawahnya.
11.25 Jangan baca nama di batu nesan kecuali perlu.
11.126 Jangan berdiri di tengah-tengah binatang ternakan seperti lembu, kambing dan kuda.
Langkah 12
12.1 Cekap mengatur jadual waktu. Kajian - 95% tidak ikut jadual kerana tidak menarik minat.
12.2 Masukkan dalam jadual waktu belajar, tengok tv, beriadah, tidur, ziarah nenek, dll.
12.3 Buat jadual anjal, iaitu belajar pelajaran yang sama pada hari itu. Kalau BM malam pun BM.
12.4 Baca pelajaran yang sukar di awal waktu dan yang mudah di waktu akhir.
Langkah 13
13.1 Bentuklah sifat-sifat yang cemerlang.
13.2 Kalau boleh pakaian kemas dan bersih.
13.3 Buat kerja dengan teliti dan bersemangat.
13.4 Kalau malas, suka ponteng, cuai, suka bohong maka bila sudah besar/bekerja nanti maka jadilah anda pekerja yang pemalas, suka ponteng, cuai dan pembohong.
Langkah 14
14.1 Taat perintah Allah.
14.2 Solat / Puasa.
14.3 Hormat kedua ibubapa.
14.4 Hormat guru. Minta maaf dari guru. Minta halalkan ilmu guru.
14.5 Sentiasa bersemangat.
14.6 Bantu orang lain berjaya.
14.7 Gunakan Konsep ‘DUIT’ iaitu :-

D= Doa (solat)
U= Usaha,
I= Istiqomah (berterusan)
T= Tawakkal.
Langkah 15
Sebelum Hari Peperiksaan
15.1 Jangan terlalu terpikat dengan soalan ramalan.
15.2 Sediakan keperluan peperiksaan lebih awal seperti alat tulis dsbnya.
15.3 Lebihkan pensel sekurang-kurangnya 2 batang sebaik-baiknya 5 (UPSR).
15.4 Jangan tidur lewat. Kuncikan jam meja dengan betul.
15.5 Baca doa tidur dan tetapkan hati.
Pada hari peperiksaan
15.5 Mandi dengan air suam.
15.6 Solat Hajat / Subuh. Berdoa mohon kekuatan untuk menghadapi peperiksaan.
15.7 Elakkan berdebat atau bertengkar.
15.5 Pakai baju sejuk.
15.6 Tiba awal di dewan peperiksaan.
15.7 Bawa dan baca nota ringkas jika masih ada masa terluang.
Di dewan peperiksaan.
15.5 Melangkah masuk dengan tenang.
15.6 Simpan semua nota di luar kelas.
15.7 Duduk di tempat yang disediakan dan dengar arahan dengan teliti.
15.8 Pastikan semua alat tulis ada dihadapan anda.
15.9 Jangan mencatat atau menulis apa-apa.
15.10 Jangan buka kertas soalan sebelum diberitahu.
15.11 Bacalah doa penerang hati.
15.12 Baca arahan dengan teliti.
15.13 Baca soalan sepintas lalu.
15.14 Pastikan berapa soalan yang perlu dijawab.
15.15 Jawab soalan yang senang dahulu. Jika susah tandakan dan jawab kemudian.
15.16 Bahagikan masa yang diberi dengan jumlah soalan yang mesti dijawab.
15.17 Gunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami.
15.18 Tulisan mestilah terang, kemas, bersih dan mudah dibaca oleh pemeriksa.
15.19 Ejaan dan tanda baca mestilah ditulis dengan betul dan terkini.
15.20 Buat catatan butir-butir yang teringat di kepala sebelum terlupa.
15.21 ‘Menembak jawapan’ adalah jalan yang terakhir. Ini lebih baik daripada tidak menjawab langsung.
15.22 Semak semula jawapan sekurang-kurangnya sekali dan pastikan semua soalan dijawab.

Bola Sepak Dun Bukit Lada Meriah....












Alhamdulillah program sukan bolasepak DUN dapat diadakan dengan jayanya dengan penyertaan sebanyak 72 pasukan pada 18 dan 19 Julai yang lalu. Pertamanya, sekalung tahniah atas usaha dan kerja kuat jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut. Tahniah kepada Ust Abdullah Lebai Hassan selaku pengarah dan Ad-Hocnya. Moga kita dapat jayakan lagi pada masa akan datang.Majlis ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena.Apa yang menggembirakan adalah penglibatan semua kaum sama ada pelbagai bangsa yang pastinya mengeratkan perpaduan dan semangat muhibbah. Melalui program sukan ini, ia boleh menjadikan asas bagi menyatukan masyarakat setempat dalam kehidupan bermasyarakat. Penganjuran ini juga memperlihatkan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk daripada Pejabat Daerah dan semua bagi menjayakannya. Diharapkan kerjasama dan semangat yang ditunjukkan ini dapat diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat sesuai dengan moto kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua".Terima kasih yang tidak terhingga kepada urusetia dan tahniah kepada Johan dari Pasukan Veteran Pokok Pauh dan tahniah kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan tersebut. Moga di lain kali kita dapat jayakan bersama.



Thursday, July 24, 2008

KENANGAN LALU.........


Bila terpandang ja gambar ni, ingat kawan2 lama..Ada y still study dan ada jugak y dah kerja @ ada kluarga sndr .Itulah lumrah hidup.Zaman sekolah merupakan zaman y menentukan arah tuju hidup kita.Jika time sek dulu asyik terfikirkan lelaki, lps sek kawinla jwbnya n klu time sek dulu rajin blaja, insyaallah, seseorang itu akan dapat teruskan pengajian ke peringkat y lebih tinggi. Nasihat saya kepada semua remaja, belajrlah bersungguh2, x yah couple2. Insyaallah, klu seseorng tu dah jodoh kite, x kan lari ke mana orang tu....

KEDAH MILIK SINGAPURA!!!!!!!

12 batu wilayah laut dan 200 batu Zon Eksklusif Ekonomi, itulah yang Singapura tuntut. Tiada hak kah Singapura menuntut wilayah itu? Tentulah dia ada hak. Ingat ye...Pulau Batu Puteh tu milik Singapura sekarang.Apa hak Malaysia? Hak Malaysia ialah Middle Rock dan South Ledge seperti yang diputuskan oleh ICJ.Tak de hak ke Malaysia ke atas territorial sea dan zon eksklusif tu? Macam Singapura, memanglah kita ada hak.Kalau masing-masing ada hak...apa nak buat? 1. Rundinglah. Masalahnya bila berunding dengan Singapura tak pernahnya kita menang. Runding pasal tanah KTMB kita kalah. Runding pasal air kita kalah. Runding pasal tambak Johor kita kalah. Runding pasal jambatan bengkokpun kita kalah. Runding pasal ruang angkasa lagilah kita kalah. Runding pasal wang CPF kita kalah.Dulu masa kita diperintah oleh orang yang paling auta dan paling putar alam dalam duniapun kita kalah inikan pula oleh si lembik ni...Jangan haraplah. Siapa yang akan mengetui pasukan perunding Malaysia.? Rais Yatim? Si pembaca puisi sang isteri? Mat Sastera mat budaya ni? Pak Lah...baik dia tido..? Shabery Chik kot? Bawak tuala banyak-banyak ye...he he. Teman dah tahu keputusannya..Tuanku masih beradu ke?2. Ke ICJ sekali lagi. Ini lagi masalah. Gerenti kalah. Mesti ada dokumen hilang punya. Tak percaya ko orang tengok lah. Adalah mangkok yang buat duit jual dokumen tu karang....Nanti kat tengah-tengah zon eksklusif ekonomi tu ada penemuan minyak. Tempat ada minyak tu Singapura punya... yang keliling ada ikan jerung atau dugong tu Malaysia punya. Nanti adalah mat-mat bunga Johor pacak bendera atas dugong tu...Ko rang tengoklah kalau tak percaya.Timbul juga masalah siapa nak mewakili Malaysia di ICJ. Ghani Patai lagi..? Gha...What? Teman dah tahu keputusannya...14-2 in Singapore's favour.3. Buat tak tahu aje... Itulah yang paling baik teman ingat. Kalau perlu letak scorphene kat situ ... letaklah. Kalau sukhoi boleh terbang lagi...letakkan dekat sikit dengan Johor tu. Itupun kalau tak rosak.Teman dengar Singapura nak beli 100 F-35 stealth jet fighters! Mind you, F-35 is no ordinary fighter jet! It is a top-of-the-line single-seat, single-engine, stealth-capable military strike fighter, a multi-role supersonic jet fighter that can perform close air support, tactical bombing, and air superiority fighter missions!Theoretically, F-35 fighter jets can easily outclass and rip apart our puny Russian Sukhoi fighter jets! Hmmm…Teman tertanya-tanya mengapa Singapura mempunyai pelan yang sebegitu hebat untuk Angkatan Tentera Udara mereka?Boleh ke C4 kita meletupkan F-35 tu?Bak kata seorang rakan, "Perhaps they want to safeguard their investments in Abdullah Ahmad Badawi’s pet megaproject, that Iskandar Development Region or now better known as Iskandar Malaysia."Selepas Singapura menang tuntutan ke atas zon eksklusif ini, teman tidak terperanjat kalau mereka selepas itu menuntut Johor, Pahang, Melak dan Sarawak. Padan Muka....itupun tak sedor lagi..!!Ya ALLAH selamatkanlah kami!!!admin-sebanarnya admin tukarkan tajuk utama dari 'pahang' ke 'kedah'.... bukan apa mcm kata sahabat kita... "nak bagi elok..."

Assalamualaikum, saya harap korang sume enjoy ngan blog ni.Minta maaf jika ada kekurangan.Insyaallah, saya akan perbaiki blog ni dari semasa ke semasa

Insyaallah, di blog ni, saya akan muatkan seberapa banyak informasi y boleh.Anda sume x akan rugi klu lawat blog saya ni. JANJI....